Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 : Semakan Status Kelulusan 2024, Semak Sekarang!

STR FASA 1 : SEMAKAN STATUS KELULUSAN 2024

Pembayaran untuk STR Fasa 1 kali ini adalah untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Ianya akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing. Pembayaran ini akan bermula pada 29 Januari 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2024 adalah merupakan bantuan daripada pihak kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan. Tujuannya adalah untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian meningkat.

Jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1 mengikut kategori adalah seperti yang berikut:

JUMLAH KESELURUHAN STR 2024

"Saya telah mendengar keluhan daripada majoriti rakyat yang menghadapi cabara kos sara hidup dan kenaikan harga barangan. Hal ini sentiasa menjadi keutamaan pihak Kerajaan dalam memastikan isi rumah yang berpendapatan rendah terus di bantu dengan sewajarnya.

"Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan kerajaan untuk menambahbaik dan meningkatkan lagi pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun hadapan."

(Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, 2023, Belanjawan Malaysia 2024)

Jumlah bayaran STR 2024 adalah seperti yang berikut:
  • Untuk golongan belia, kadar minimum STR meningkat dari RM350 kepada RM500.
  • Kategori Isi Rumah, kadar minimum STR meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700.
  • Bagi warga emas pula, kadar minimum STR meningkat dari RM600 kepada RM750.



JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2024

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 mengikut kategori adalah seperti yang berikut:


Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500
  • 0 Anak :RM500
  • 1-2 Anak ; RM500
  • 3-4 Anak : RM500
  • >5 Anak : RM500

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 - RM,500
  • 0 Anak : RM100
  • 1-2 Anak : RM150
  • 3-4 Anak : RM250
  • >5 Anak : RM300
Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun:
  • Jumlah bayaran Fasa 1 : RM150
Bujang Berpendapatan <RM2,500 (berumur 21-59 tahun)
  • Jumlah bayaran Fasa 1 : RM100




TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2024

  • Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara  berperingkat pada 29 Januari 2024.
  • Namun, tarikh pembayaran akan mengikut arikh penghantaran borang permohonan (secara dalam talian dan borang kertas)
  • Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layal.
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.



SEMAKAN STATUS STR FASA 1

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 1 boleh dibuat di portal Rasmi STR:

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2024

Semakan boleh dibuat seperti berikut:
  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkanStatus Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai STR 2024, anda boleh melayari laman web STR di:




Post a Comment

0 Comments