Bantuan i-Suri 2024 RM300 : Syarat Kelayakan, Faedah dan Langkah Memohon, Semak Sekarang!

Adakah anda tahu bahawa golongan sui rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan sehingga RM300 melalui i-Suri KWSP.

Hal ini bertujuan adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah terjada sekaligus mengiktiraf sumbangan yang telah mereka beri kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Syarat kelayakan, faedah dan langkah untuk membuat permohonan i-Suri adalah seperti yang berikut:

BANTUAN SURI RUMAH (INSENTIF I-SURI KWSP)

i-Suri adalah merupakan sebuah program caruman sukarela bagi golongan wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, ibu tunggal, balu dan bujang.

Ahli KWSP yang layak bakal menerima insentif khas daripada kerajaan maksimum sebanyak RM300 setahun. Hal ini tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telahpun mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Untuk makluman anda, fasa pertama skim ini telahpun dilancarkan pada 8 Ogos 2018 yang lalu dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018. Ianya dilaksanakan oleh pihak KWSP.


FAEDAH I-SURI KWSP 2024

Faedah yang bakal diterima oleh penerima bantuan ini adalah seperti yang berikut:

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam tahun semasa.
  • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun (mana yang terdahulu)
  • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan
Dividen Tahunan
  • Menikmat dividen tahun di atas simpanan persaraan anda.
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.

SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP

Syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan suri rumah ini adalah seperti yang berikut:
  • Ahli KWSP.
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah.
  • Terdiri daripada golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih.

KADAR CARUMAN MINIMUM

Bagi i-Suri 2024 kali ini, tiada caruman minimum. Namun, ahli digalakkan untuk membuat caruman sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahun sebanyak RM300 daripada pihak kerajaan.

Anda boleh merujuk jadual di bawah:



LANGKAH MENDAFTAR I-SURI 2024

Berikut adalah cara-cara pendaftaran yang boleh dilakukan:
  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan malumat data eKasih.
  • Pendaftaran kendiri melalui:
    • Aplikasi KWSP i-Akaun.
    • Secara dalam talian d laman web KWSP.
    • Pendaftaran di Self Service Terminal (SST).
  • Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri (KWSP 16G (M)).

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran adalah seperti yang berikut:
  • MyKad.
  • Borang i-Suri - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Suri - KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran).

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui saluran yang berikut:
  • Perbankan internet.
  • Ejen bank berdaftar – (EB) BSN.
  • Aplikasi mudah alih – KWSP i-Akaun.
  • Kaunter ejen bank – BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank.
  • Bayaran secara kad debit melalui Mobile Team (MT) dan pejabat KWSP.
  • Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/ cek / draf bank / kiriman wang / wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan i-Suri KWSP, anda boleh:
  • Melayari - www.kwsp.gov.my atau
  • Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem eKasih, anda boleh merujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Post a Comment

0 Comments