Bantuan Tunai Sebanyak RM2,000 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi


Bantuan Tunai RM2,000 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

Bantuan Tunai RM2000 – Pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dan bantuan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, untuk membantu golongan yang layak mendapatkannya.

Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan pelbagai bantuan bagi tujuan yang berbeza-beza. Setiap bantuan mempunyai peruntukan yang khusus untuk memenuhi keperluan sasarannya.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan.

Bantuan Tunai RM2000

Melalui Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri Kelantan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’.

Untuk menghargai sumbangan para penjawat awam negeri, bantuan khas sebanyak RM18 juta akan diagihkan kepada mereka.


Baca juga: Jawatan Kosong Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Kini Dibuka, Mohon Sekarang!

Bantuan khas ini juga akan disalurkan kepada pegawai lantikan politik dan ahli-ahli majlis. Selain itu, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran, guru Fardu Ain dan guru jahitan turut mendapat bantuan khas ini.

Tarikh Pembayaran

Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan, telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan akan diberikan kepada penerima yang layak pada Februari 2024.

Beliau juga menyatakan bahawa kaedah pembayaran adalah melalui kredit masuk ke akaun bank penerima.

Kerajaan Kelantan pada 23 November lalu membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM1.61 bilion dengan anggaran defisit RM178.49 juta.

Kerajaan Negeri Kelantan akan mengutamakan projek atau program yang boleh meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan negeri dan rakyat.

Post a Comment

0 Comments