MyLesen: Permohonan untuk Mendapatkan Bantuan Lesen Memandu 2023 Kini Dibuka, Layari Sekarang!

Bantuan Lesen Memandu - Pendaftaran bagi Program MyLesen untuk tahun 2023 kini telah dibuka.

Kepada mereka yang berminat, anda boleh menghadirkan diri ke JPJ Negeri Melaka bersama dengan dokumen untuk pendaftaran sekiranya anda memenuhi syarat-syarat asas yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut berkaitan dengan program ini adalah seperti yang berikut:

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU B2

Pada 30 Mei 2023, Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telahpun diadakan. Dalam program ini, YB Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan Malaysia juga turut menghadirkan diri.

Sekitar 9,000 jumlah orang daripada golongan B40 seluruh negara akan berpeluang untuk menyertai program MyLesen B2 ini. Program ini adalah daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk pengetahuan anda, segala kos akan ditanggung oleh pihak kerajaan di bawah Belanjawan Madana 2023. Program ini adala merupakan suatu usaha oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf lagi kehidupan B40 dan mampu membuka lebih banyak peluang untuk menambah lagi pendapatan.


PROGRAM MYLESEN B2 2023 (MELAKA)

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi:
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Belum memiliki sebarang lesen untuk memandu.
  • Tanggungan kepada penerima yang layak untuk memohon.
  • Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)

Anda perlulah mengemukakan dokumen sokongan sebagai pembuktian ke atas syarat yang telah ditetapkan.

MUAT TURUN BORANG BANTUAN LESEN 2023



Hubungi Urus Setia Program MyLesen B2 Melaka:
  • 06-251 4049 / 06-251 4050
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Bahagian Pelesenan Melaka


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat atau pertanyaan yang ingin diajukan boleh disalurkan melalui aplikasi e-aduan@jpj atau kepada saluran yang berikut beserta dengan butiran pengadu dan butiran aduan.

JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam kegiatan memerangi rasuah.

LAYARI LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL JPJ

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia





Post a Comment

0 Comments