Kredit e-Tunai Berjumlah RM100: Tarikh dan Cara Penebusan eWallet B40 & M40, Layari Sekarang!

Baru-baru ini, pihak kerajaan telahpun mengumumkan sebuah bantuan kredit eTunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat (dewasa) di negara ini yang berpendapatan tahunan sebanyak RM100,000 ke bawah.

Hal ini diumumkan ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023 yang lalu.

Perdana Menteri menyatakan bahawa inisiatif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 billion. Ianya akan memberi manfaat kepada lebih 0 juta rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas (dewasa), merangkumi golongan M40 dan B40.

Beliau berkata, inisiatif eTunai kepada golongan dewasa di negara ini diumumkan selepas pihak kerajaan melihat sebuah kejayaan dan impak yang positif program eTunai kepada seluruh masyarakat.

APAKAH BANTUAN ETUNAI RM100?

Bantuan ini adalah sebuah bantuan terbaharu yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan bagi golongan B40 dan juga M40 yang mempunyai pendapatan sebanyak RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini, pihak kerajaan telahpun mengumumkan bantuan eWallet atau dikenali sebagai eTunai Belia Rahmah yang mana berjumlah sebanyak RM200 bagi golongan belia dan juga mahasiswa. Tujuannya adalah untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini diberikan secara kredit eWallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan eWallet yang terkemuka. Hal ini akan diumukan kelak dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Syarat-syarat lain akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

JUMLAH KREDIT BANTUAN E-WALLET

Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM100.

Bantuan yang disalurkan ini bukannya secara cash ataupun wang tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah, namun diberikan dalam bentuk kredit eWallet seperti eTunai Belia Rahmah.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN ETUNAI RM100

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa ianya akan dilaksanakan dalam suku keempat tahun ini. Ianya dipetik melalui satu hantarannya di laman Facebook.

Apakah maksud suku keempat?

Suku tahunan adalah merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan:
  • Suku Pertama - Januari hingga Mac
  • Suku Kedua - April hingga Jun
  • Suku Ketiga - Julai hingga September
  • Suku Keempat - Oktober hingga Disember

Oleh sebab itu, berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia, kita boleh menjangkakan bahawa bayaran tersebut akan dilaksanakan diantara bulan Oktober hingga Disember.

Hal ini adalah disebabkan pihak Kementerian Kewangan perlu memperincikan iisiatif ini dengan pemegang taruh yang terlibat dalam inisiatif ini.

PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

Setakat ini, belum ada lagi pengumuman berkenaan dengan penyedia perkhidmatan yang akan melaksanakan program ini.

Namun, berdasarkan kepada Bantuan eTunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan eWallet yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah seperti yang berikut:
  1. Boost
  2. Setel
  3. Touch 'n Go Wallet

Beberapa penyediaan perkhidmatan eWallet yang lain seperti GrabPay, BigPay dan ShopeePay mungkin juga akan terlibat jika pengumuman rasmi diumumkan kelak selepas ini.

CARA PENEBUSAN

Jika ianya dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini, pengguna perlulah memuat turun salah satu aplikasi syarikat penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Untuk makluman pengguna, beberapa eWallet yang popular digunakan di Malaysia adalah seperti yang tertera:
  • Touch 'n Go Wallet
  • Lazada Wallet
  • ShopeePay
  • WeChatPay
  • GrabPay
  • Boost
  • Setel
  • MAE
  • dan lain-lain lagi

Untuk penggunan baharu eWallet, anda perlu melalui proses verifikasi terlebih dahulu melalui penyedia perkhidmatan eWallet yang terlibat.

Anda hanya perlu mengikuti arahan yang telah disediakan dalam aplikasi eWallet tersebut.

Penyedia perkhidmatan eWallet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Sebagai contoh, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan seperti gambar kad pengenalan untuk tujuan proses verifikasi.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, ianya akan diumumkan melalui platform yang berikut:

Post a Comment

0 Comments