Program MYLESEN: Pendaftaran & Syarat Kelayakan Bagi Bantuan Lesen Memandu 2023, Semak Sekarang!

Pendaftaran bagi Program MYLesen untuk tahun 2023 telahpun dibuka.

Tuan/Puan boleh menghadirkan diri ke JPJ Negeri Melaka bersama dengan dokumen untuk tujuan pendaftaran sekiranya memenuhi syarat-syarat asas yang telah ditetapkan.

Maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan program ini adalah seperti yang berikut:

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU B2

Pada 30 Mei 2023 yang lepas, Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah pun diadakan. Dalam program ini, Yb Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia juga turut menghadirkan diri.

Searamai 9,000 orang daripada golongan B40 di seluruh negara akan dapat menyertai Program MyLesen B2 ini. Kelebihan inisiatif daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dirasai oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Dalam masa yang sama, segala kos akan ditanggung oleh pihak kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023. Program ini adalah merupakan sebuah usaha daripada Kementerian Pengankutan Malaysia bagi menaiktaraf kehidupan golongan B40 serta membuka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan.


PROGRAM MYLESEN B2 2023 (MELAKA)

Berikut adalah merupakan syarat-syarat berkaitan dengan permohonan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 16 tahun dan ke atas.
  • Sihat tubuh badan & mental.
  • Belum lagi memiliki sebarang lesen memandu.
  • Merupakan penerima bantuan kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40.
  • Tanggungan kepada penerima yang layak untuk membuat permohonan.

Nota: Anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang telah ditetapkan.

HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA:
  • Bahagian Pelesenan Melaka
  • 06-251 4049 / 06-251 4050
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat ataupun aduan berkaitan dengan program ini boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran yang berikut beserta dengan butiran pengadu dan juga butiran aduan:

JPJ Negeri Melaka telahpun dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.

Layari laman mendia sosial rasmi JPN untuk info yang lebih lanjut:

1. Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
2. Twitter: JPJ_Malaysia
3. Instagram: JPJMalaysia
5. Telegram: JPJ_Malaysia

Post a Comment

0 Comments