Permohonan Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 (BINGKAS), Semak Sekarang!

Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.

Antaranya ialah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Bantuan ini melibatkan pemberian e-wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.

Ketua Menteri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, "Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 ini dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak." ketika beliau membentangkan Belanjawan Selangor 2023


Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan e-Wallet ini adalah seperti yang berikut:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan:
  • Warganegara Malaysia
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.


LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, anda boleh membuat permohonan BINGKAS secara online di sistem BINGKAS yang berikut:

Pemohon juga hendaklah melampirkan dokumen sokongan seperti yang berikut:
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengemukakan sebarang soalan atau mengetahui sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan BINGKAS ini, anda boleh membuat rujukan di portal rasmi yang berikut:

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/InfoKerjayaa

Post a Comment

0 Comments