TERKINI: Jadual Pembayaran Bagi Bantuan Musim Tengkujuh Sebanyak RM800!

Bagi jadual penuh berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan sebanyak RM800, ianya telahpun diumumkan melalui 3 Fasa.

Terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang mana bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan tidak kira di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Antara bantuan tersebut ialah Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT dari RISDA. Maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

Baca Juga:
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun/penoreh getah dengan tujuan untuk meringankan beban mereka terutamanya ketika musim tengkujuh melanda negara kita.


JUMLAH BANTUAN

Sebelum ini, bantuan yang diberikan hanya RM600 sahaja jika dibandingkan jumlah yang akan diberikan kelak iaitu sebanyak RM800. Bayaran untuk bantuan ini akan dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan yang mana ia akan dibayar sebanyak RM200 sebulan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM800

Jadual bayaran bantuan khas ini adalah seperti yang berikut:
  • Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
  • Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
  • Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200

Nota: Pembayaran untuk bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan yang harus dipenuhi adalah seperti yang berikut:

Penoreh Bukan Pemilik
  • Merupajkan warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 - 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah untuk digunakan.

Pekebun Kecil RISDA
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Kelausan tanah 0.1 - 2.5 hektar
  • Merupakan pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bagi proses pembayaran, ianya akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif dan telah berdaftar oleh penerima ketika permohonan bagi mendapatkan bantuan ini dibuat.

Untuk menyemak kelulusan, anda boleh melakukannya secara atas talian melalui sistem yang berikut:
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian yang berikut:
  • 03-4256 4022

Post a Comment

0 Comments