TERKINI: e-Tunai Belia Rahmah, Bantuan e-Wallet Sebanyak RM200 untuk Golongan Belia!

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan e-Tunai Belia Rahmah dalam bentuk e-wallet yang berjumlah sebanyak RM200 kepada seluruh golongan belia.

Hal ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Kewangan pada 24 Februari 2023 yang lalu ketika Dewan Rakyat bersidang.

Susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu, Belanjawan 2023 dibentangkan semula.

Bajet 2023 sebelum ini yang disediakan oleh kerajaan pimpinan bekas Perdan Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat untuk dibahas dan diluluskan sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

APAKAH ITU E-TUNAI BELIA RAHMAH

e-Tunai Belia Rahmah ini merupakan suatu usaha pihak kerajaan kepada golongan belia yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan ini dinamakan ebelia pada tahun 2021 dan ePemula pada tahun 2022.

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban kewangan golongan belia selain daripada membantu pemulihan perniagaan golongan para pekedai fizikla serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap, "Akhir sekali tidak dilupakan kepada 2 juta orang belia yang berumur 18 hingga 20 tahun, pihak kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 dengan peruntukan sebanyak 400 juta ringgit".

SYARAT KELAYAKAN

Pihak kerajaan belum lagi mengumumkan berkaitan dengan syarat kelayakan terkini bagi tahun 2023.

Namun begitu, sekiranya dirujuk kepada bantuan ePemula pada tahun 2022 yang lalu, syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2022 sehingga 2004) atau
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah berdaftar.

TARIKH PERMOHONAN

Belum ada lagi tarkh permohonan yang diumumkan buat masa ini. Pihak Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengumumkanbantuan ini dari semasa ke semasa.

Mengikut jadual permohonan bantuan pada tahun lepas, ianya dijalankan pada awal bulan April sehingga awal bulan Jun.

PENYEDIA PERKHIDMATAN

Beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program e-wallet (e-Tunai Belia Rahmah) iaitu:
  • BigPay.
  • GrabPay.
  • ShopeePay.
  • Touch 'n Go eWallet.
  • Lain-lain yang mungkin akan diumumkan kelak.

JUMLAH KREDIT E-TUNAI BELIA RAHMAH

Jumlah kredit e-tunai Belia Rahmah yang diumumkan adalah sebanyak RM200. Jumlah ini adalah lebih tinggi daripada program e-Pemula pada tahun lepas iaitu sebanyak RM150.

Post a Comment

0 Comments