TERKINI: Bantuan e-Wallet Sebanyak RM300 BINGKAS Bagi Semua Isi Rumah B40!

Terdapat pelbagai bantuan dan juga inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sudah pasti tujuan utamanya adalah untuk membantu mreka yang memerlukan.

Antaranya adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Bantuan ini melibatkan pemberian e-Wallet dengan jumlahnya sebanyak RM300 bagi setiap bulan kepada mereka yang layak.

"Program BINGKAS ini akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk disalurkan kepada 30 ribu keluarga yang layak" ujar Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor ketika beliau membentangkan belanjawan Selangor 2023.


Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan e-Wallet ini adalah seperti yang berikut:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan ini:
  • Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.
  • Sama ada lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.
  • Pemilih yang berdaftar di negeri Selangor.
  • Merupakan warganegara Malaysia


CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Mereka yang memenuhi syarat kelayakan diatas layak untuk menerima bantuan e-Wallet. Permohonan bagi mendapatkan bantuan iniboleh dikemukakan secara atas talian di sistem pendaftaran yang berikut:
Permohonan yang dilakukan perlu beserta dengan lampiran dokumen sokongan seperti yang berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (bagi bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (bagi pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (bagi penjawat awam / pesara)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut berkaitan dengan BINGKAS ini, anda boleh merujuk portal sesawang yang tertera:

PENAFIAN

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments