Informasi
TERKINI: Bantuan Sebanyak RM500 Sebulan Untuk Warga Emas, Semak Sekarang!
Untuk semua rakyat Malaysia, bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Jumlah bagi bantuan ini akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang. Ia hanya untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menguruskan bantuan ini. Objektif utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang harus dipatuhi oleh warga emas atau orang tua sekiranya ingin memohon bantuan tersebut:
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia.
- Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan:
Pemohon hendaklah hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan dan borang berkaitan:
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
Borang Berkaitan:
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut anda dokumen yang diperlukan ketika hadir di pejabat JKM:
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian yang berikut atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran dengan anda:
- 03-8000 8000
Post a Comment
0 Comments