TERKINI : Bantuan Lesen Memandu / MyPSV Untuk Golongan B40!

PROGRAM MYPSV

Terdapat pelbagai bantuan yang telah diumumkan melalui Pembentangan Bajet 2023. Ianya khusus untuk golongan belia kumpulan B40 yang ingin mendapatkan pendapatan melalui perkhidmatan seperti membawa penumpang. Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung bayaran untuk mendapatkan lesen bas, e-hailing dan teksi di bawah Program MyPSV ini.

Lebih satu per empat populasi di dalam negara kita ini terdiri daripada golongan belia. Tidak dapat disangkal bahawa mereka adalah penentu masa depan negara kelak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Walaubagaimanpun, kadar pengangguran bagi mereka yang berumur di bawah 25 tahun kian meningkat biarpun negara telah berjaya mencapai tahap guna penuh tenaga. Ianya termasuklah golongan lepasan institut pengajian tinggi dan lepasan sekolah yang masih berada pada tahap 11 peratus setakat suku kedua tahun 2022. Hal akan diambil berat dalam proses pembangunan negara.

Dalam pembentangan Bajet 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu bantuan lesen kenderaan melalui program MyPSV buat golongan B40 khususnya Belia.

Oleh yang demikian, berikut kami kongsikan maklumat mengenai bantuan lesen menerusi Program MyPSV ini:

APA ITU MYPSV?

Kerajaan telah bersetuju untuk menanggung bayaran untuk mendapatkan lesen teksi, e-hailing dan bas bagi membantu golongan B40 terutamanya dalam kalangan belia.

OBJEKTIF PELAKSAAAN MYPSV

Objektif utama program Bantuan MyPSV ini dilancarkan adalah untuk:
  • Membantu golongan B40 khususnyajumpulan Belia bagi menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, e-hailing dan bas.

JENIS BANTUAN

Melaui program Bantuan MYPSV ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung kos bayaran untuk mendapatkan lesen memandu:
  • e-hailing
  • Bas
  • Teksi

BANTUAN GOLONGAN BELIA MENERUSI BAJET 2023

Bantuan yang akan diberikan kepada golongan belia menerusi Bajet 2023 adalah seperti yang berikut:
  • Pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur untuk menggalakkan golongan belia bekerja dengan meneruskan pemberian bantuan RM10 juta bagi membiayai modal anak muda terbabit dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
  • Kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 menerusi Pembentangan Bajet 2023 yang lalu.
  • Untuk penunggang atau ‘rider’ dalam sektor gig, kerajaan memberi tumpuan bagi memastikan kesejahteraan golongan itu yang holistik membabitkan agenda perlindungan sosial yang mana aspek itu akan terus diberi perhatian serius. Pihak kerajaan mendapati hanya segelintir dalam sektor itu dilindungi. Justeru, kerajaan menyumbang kepada caruman yang kini lebih 260,000 orang dilindungi melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKPSS) di bawah Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO). Oleh itu, untuk mengurangkan bebanan golongan bekerja sendiri membayar caruman PERKESO, pihak kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman terbabit.

Post a Comment

0 Comments