Informasi
Bantuan e-Pemula (e-Wallet) Sehingga RM200 Untuk Rakyat Malaysia!
.png)
Golongan muda amat diambil berat oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, mereka menyediakan program bantuan khas e-Pemula ini.
Bantuan e-Pemula ini hanya diberikan kepada B40 dengan kadar sebanyak RM150 pada tahun 2022 yang lalu. Namun, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan jumlah penerima dan kadar bantuan bagi e-Pemula ini.
Maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan e-Pemula adalah seperti yang berikut:
BANTUAN E-PEMULA
Objektif utama bantuan e-Pemula ini diwujudkan adalah untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai ataupun 'cashless'. Dijangka program ini akan memberi manfaat kepada 2 juta belia M40 dan B40 pada tahun 2023.
KADAR BANTUAN E-PEMULA
Kadar bantuan bagi e-Pemula kepada golongan belia adalah seperti yang berikut:
- RM100 - Golongan M40
- RM200 - Golongan B40
SYARAT KELAYAKAN BAGI MENDAPATKAN BANTUAN EPEMULA
Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori adalah seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan pemohon tidak melebihi RM100,000 setahun.
2. Golongan B40
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18-20 tahun.
- Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa bagi umur 21 tahun ke atas.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui sebarang maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan e-Pemula ini, anda boleh merujuk laman sesawang yang tertera:
Post a Comment
0 Comments