TERKINI: RASMI! Kerajaan Umum Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)


Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan untuk seluruh rakyat Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengurangkan bebanan khususnya mereka yang memerlukan.

Ianya diperkenalkan melalui pelbagai Jabatan ataupun Kementerian sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan. Hal ini bersesuaian dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Kewangan. Jumlah bantuan tersebut adalah sebanyak RM350 dan RM700 melalui kerajaan Persekutuan kepada mereka yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan ini.

Maklumat yang lebih jelas berkaitan bantuan ini adalah seperti yang berikut.

PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Pembayaran BKK sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah. Hal ini diambil melalui kenyataan daripada pihak kerajaan pada bulan Ogos yang lalu.

Untuk bantuan sebanyak RM350 pula, ianya akan diberikan kepada para pesara dan veteran kerajaan yang tidak berpencen. Kesemua pembayaran yang dilakukan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 Billion.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN

TERKINI: Pada 17 Januari 2023, Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan mula untuk dibayar Bantuan ini akan melibatkan seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta pesara kerajaan.

PENAFIAN


Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Post a Comment

0 Comments