RASMI : Senarai Penuh Bantuan Kerajaan Yang Boleh Anda Mohon Bermula Januari 2023!

Dalam usaha pihak kerajaan membantu golongan yang memerlukan diluar sana, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Antaranya ialah melalui pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan oleh Perdana Menteri yang ke-10, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya untuk membenarkan perbelanjaan dikeluarkan untuk pihak kerajaan bagi sebahagian 2023.

Peruntukan khas lebih RM107 Billion telahpun diluluskan untuk mengumumkan beberapa bantuan yang akan disalurkan pada awal tahun 2023 melalui RUU ini. Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini adalah seperti yang berikut:

BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 1

Pada bulan Januari 2023, Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini akan disalurkan kepada rakyat. Pembayarannya adalah sebanyak RM300 untuk setiap rumah dan RM100 untuk golongan bujang.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023

Untuk makluman anda, jumlah BMT 2023 yang akan disalurkan adalah sebanyak RM200 bagi pekebun kecil.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2023

Sebanyak RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 yang akan diterima oleh semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

KENAIKAN GAJI TAHUNAN TAMBAHAN KHAS

Bagi penjawat awam Gred 11 sehingga Gred 56, mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM100.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kepada penjawat awam Gred 56, mereka akan diberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700. Untuk pesara kerajaan pula, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM350.

Post a Comment

0 Comments