Bantuan Kewangan BMT Sebanyak RM800 Akan Dipercepatkan Disember ini!

Untuk pengetahuan anda semua, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan tidak kira di peringkat Persekutuan atau Negeri. Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Antaranya ialah Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT daripada RISDA.

BMT merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada penoreh getah atau pekebun kecil. Ia adalah untuk meringankan beban mereka khususnya semasa musim tengkujuh ini.

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN BMT

Untuk makluman anda semua, sebanyak RM800 akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan berbanding sebelum ini yang hanya RM600 sahaja. Dalam tempoh 4 bulan, bantuan ini akan disalurkan sebanyak RM200 untuk sebulan.

SYARAT KELAYAKAN BMT

Syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Pekebun kecil (usahawan) berdaftar dengan RISDA
  • 1 lot sahaja untuk seorang penerima.
  • Saiz tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Warganegara Malaysia
  • Petani Kecil RISDA

Penoreh Bukan Pemilih
  • Warganegara Malaysia
  • Pengesahan pemilik sah tanah
  • 1 lot sahaja bagi seorang penerima
  • Menoreh lot seluas 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai Kad Permit Kuasa Getah (PAT-G) yang sah.

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk pembayaran, ia akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif dan telah didaftarkan oleh penerima semasa membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini.

Sekiranya anda ingin menyemak kelulusan anda, anda boleh melakukannya secara dalam talian melalui sistem yang berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BMT ini, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian yang tertera:
  • 03-4256 4022

Post a Comment

0 Comments