Tarikh Bagi Bayaran BKM Tambahan RM500 Telahpun Diumumkan, Jangan Lupa Untuk Semak Sekarang!

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan sebuah bantuan tunai kerajaan yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan. Ia adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dalam Baejt 2022, BKM ini telah diumumkan dan akan memberikan faedah kepada semua isi rumah M40 & B40, bujang dan juga warga emas.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilakukan secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Bagi setiap fasa, kadar bayaran yang berikan adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak untuk menerima bantuan ini.

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Penerima yang berikut merupakan golongan yang akan menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat atau
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.


SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Sekiranya anda ingin mengetahui sama ada anda layak untuk menerima BKM Tambahan atau tidak, anda boleh membuat semakan online melalui laman sesawang khas Bantuan Keluarga Malaysia. Cara untuk melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan adalah seperti yang berikut:
  • Anda perlu pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul.
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk.
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan.
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.


Sekiranya tiada maklumat berkaitan dengan BKM Tambahan dipaparkan pada laman semakan anda, ianya bermaksud anda tidak layak untuk mendapatkan bayaran BKM Tambahan ini.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Tarikh pembayaran untuk BKM Tambahan bagi penerima yang layak adalah seperti yang berikut:
  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022
  • Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan secara berperingkat)
  • Fasa 4: Dijangka akan dikreditkan bermula 15 November 2022 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BKM Tambahan ini, anda boleh merujuklaman sesawang yang berikut. Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan boleh menghubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

Post a Comment

0 Comments