INTIPATI BAJET 2023 : Senarai Bantuan Rakyat & Inisiatif Tahun 2023!




FOKUS PERTAMA

Fokus Pertama adalah merupakan Kesejahteraan Rakyat bagi Bajet 2023 ini. Ianya akan dilaksanakan dengan cara 3 strategi iaitu:
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif
  • Memelihara Kebajikan Rakyat

FOKUS KEDUA

Untuk Fokus Kedua dalam Bajet 2023 ini, ianya adalah Kelangsungan Perniagaan. Hal ini akan dilaksanakan melalui 3 strategi iaitu:
  • Menyokong Industri Tumpuan
  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan

FOKUS KETIGA

Fokus Ketiga dalam Bajet 2023 ini pula ialah Kemakmuran Ekonomi. Ianya adalah untuk memastikan kadar inflasi di tahap yang terkawal. Fokus ini akan dilaksanakan dengan 3 strategi iaitu:
  • Mengungguli Agenda Kelestarian
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil

FOKUS KEEMPAT

Dalam mencapai matlamat Rancangan Malaysia yang ke-12 (RMK Ke-12), fokus yang keempat ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan yang mana akan dilaksanakan dalam 3 strategi iaitu:
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik
  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara

INTIPATI BAJET 2023

Intipati dalam Bajet 2023 baru-baru ini yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober adalah seperti yang berikut.

SUBSIDI BIL ELEKTRIK

Kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih, sebanyak RM40 subsidi bil elektrikyang akan diberikan kepada mereka.

Syarat pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK akan dinaikkan daripada RM980 kepada RM1,169.


BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM 2023)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 dalam sebulan.
  • RM2,500 : Lebih 5 Anak
  • RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak



ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 sehingga RM5,000
  • RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)


iii) Warga Emas Yang Tiada Pasangan & Bujang
  • RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)


iv) Ibu / Bapa Tunggal Yang Dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000.
  • Tambahan RM500.
 

e-Pemula
  • Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000, memanfaatkan 8 juta individu.


Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan disalurkan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Bantuan ini akan mula untuk disalurkan pada Januari 2023.


Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia
  • Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta.
  • Tujuan bantuan ini disalurkan adalah  untuk meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023
  • Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700
  • Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.

Kenaikan Gaji MySTEP
  • Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 sehingga RM2,100 berbanding sebelum ini iaitu RM1,400 sehingga RM2,000.

Post a Comment

0 Comments