Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan Sehingga RM1,000 Untuk Bayi Yang Lahir Bermula Tahun 2020!

Adakah anda tahu bahawa terdapat satu berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Ianya berkaitan dengan simpanan khusus untuk anak-anak kelahiran Sarawak iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS) yang mana hasil kerjasama kerajaan Negeri Sarawak dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Tujuanny adalah untuk membantu anak-anak kelahiran Sarawak sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, modal untuk perniagaan atau ingin memulakan karier dalam sesebuah bidang.

JUMLAH BANTUAN EFS

Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam bentuk simpanan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EFS

Berikut merupakan syarata-syarat kelayakan yang harus dipatuhi:
  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus "K"; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.
  • Warganegara Malaysia.

Kategori Anak Angkat:
  • Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.
  • Salah seorang atau kedua-dua ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus "K".

LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN EFS

Sekiranya anda ingin membuat permohonan berkaitan dengan Bantuan EFS, terdapat 52 cawangan Jabatan Pendaftran Negara (JPN) Negeri Sarawak. Anda hendaklah membawa dokumen seperti yang berikut:
  • Salinan MyKAD/Biometrik ibu atau bapa yang berstatus "K".
  • Borang permohonan EFS - Muat Turun Borang
  • Salinan sijil lahir bayi.

Salinan yang berikut hendaklah disahkan oleh pegawai JPN.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan EFS ini, anda boleh melayari laman web  isarawakcare atau menghubungi talian KPWKK yang berikut:
  • 082-442050

Post a Comment

0 Comments