Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan PerantiSiswa Kini Dibuka - Bantuan Tablet Percuma Bernilai RM800 Untuk Semua Pelajar IPT!

Kepada Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada golongan B40, mereka berpeluang untuk menerima bantuan yang berupa sebuah peranti tablet beserta dengan jalur lebar di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022.

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Seri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz di dalam Belanjawan 2022 yang lalu, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk melaksanakan bantuan ini.

Selain daripada peruntukan yang telah disediakna oleh pihak kerajaan, beberapa syarikat telekomunikasi juga turut menyumbang kepada pelaksanaan pakej perantisiswa sebanyak RM65 juta.

Objektif utama pakej bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar daripada golongan IPT menjalankan aktiviti pembelajaran secara atas talian (online), melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan pencarian bahan serta penghantaran mesej kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Seramai 600,000 pelajar dalam kalangan keluarga B40 yang akan menerima sebuah peranti tablet melalui Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/NakKerjaa

HARGA PAKEJ PERANTISISWA (TABLET)

Menurut Menteri Kewangan, harga bagi setiap tablet yang disalurkan di dalam Pakej PerantiSiswa ini adalah RM800.

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Dalam pelaksanaan pakej ini, berikut merupakan syarikat telekomunikasi yang terlibat:
  • Pendaftaran Pakej.
  • Maxis Berhad (Maxis).
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).
  • Telekom Malaysia Berhad (TM).
  • Celcom Axiata Berhad (Celcom).
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi).
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pendaftaran bagi Pakej PerantiSiwa ini dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh melayari laman web yang berikut sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini:



Post a Comment

0 Comments