Panduan Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) Tahun 2022




Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Secara One Off (BUDI) Bagi Negeri Sabah

Tahun 2022, Kerajaan Negeri Sabah telah meneruskan Bantuan ini yang merupakan bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (BUDI) Secara One-Off bagi pelajar yang merupakan dalam golongan B40 dan M40 yang kali pertama memasuki IPT.

Bantuan tunai ini dibuka kepada pelajar negeri Sabah yang berada di peringkat Diploma/Foundation/Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda yang pertama kali memasuki ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Dengan adanya bantuan ini, ia dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih kurang 5,000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS di seluruh Malaysia.

Bantuan ini juga melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah membaca dan memahami syarat-syarat dan tatacara permohonan berikut.

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)

Bantuan ini merupakan salah satu inisatif daripada kerajaan negeri Sabah dalam membantu pelajar/mahasiswa dalam golongan B40 dan M40 bagi melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bantuan secara tunai ini akan diberikan secara one-off, bertujuan supaya dapat mengurangkan beban kewangan keluarga dan anak-anak mereka yang akan memasuki IPT/IPTS di seluruh Malaysia.


JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN

Jumlah bantuan secara tunai kepada pelajar yang akan memasuki IPT adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut
  • Diploma/Foundation/Matrikulasi - RM1,500
  • Ijazah Sarjana Muda - RM2,000
SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MEMOHON
  1. Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam/Swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.
  2. Permohonan adalah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun.
  3. Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah dari golongan B40 dan M40.
  4. Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT.
  5. Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://budi.sabah.gov.my/
  6. Bantuan sebanyak RM1,500 bagi kelulusan Diploma/Foundation dan Matrikulasi. Manakala RM2,000 untuk Ijazah Sarjana Muda
PANDUAN MEMOHON

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web

  • Kepada pemohon yang belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar untuk log masuk ke dalam portal BUDI.
  • Klik pada butang pemohon, keluarga, dokumen dan perakuan.
PENTING
  • Pastikan maklumat dan dokumen telah di MUAT NAIK sebelum menghantar permohonan.
  • Permohonan yang telah dihantar TIDAK BOLEH dikemaskini.
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP boleh menyebabkan permohonan anda TIDAK BERJAYA.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON
  1. Surat beranak (Pemohon & Ibu Bapa).
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & Ibu Bapa).
  3. Slip Gaji Ibu Bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah).
  4. Slip Salinan keputusan SPM/STPM/DIPLOMA.
  5. Surat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  6. Surat pengesahan bahawa anda telah berdaftar daripada universiti tempat belajar.
  7. Salinan penyata akaun pelajar.
PENTING
  • Perkara 1 & 2 haruslah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Perkara 3 haruslah disahkan benar oleh MAJIKAN.
  • Pekara 4 hingga 6 haruslah disahkan benar oleh majikan pendidikan/sekolah atau institut tempat belajar.
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)

Bagi sebarang pertanyaan mengenai bantuan BUDI, anda boleh menghubungi nombor telefon 
  • 088369872
Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari https://mttk.sabah.gov.my/

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pelajar-pelajar Negeri Sabah yang akan memasuki IPT.

Post a Comment

0 Comments