Semenyih Dilanda Banjir Kilat!


Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di sekitar Semenyih dilanda banjir kilat susulan hujan lebat hari ini.

Antara kawasan terjejas termasuklah kawasan perumahan Taman Semenyih Permata yang dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 6.47 petang.

Katanya, pihaknya membuat pemantauan di lokasi kejadian yang membabitkan 50 rumah.

"Keadaan banjir semakin surut dan hujan mulai reda. Setakat ini banjir kilat ini tidak membabitkan mangsa," katanya.

Sejak awal petang tadi, penduduk sekitar kawasan Semenyih memuat naik gambar di media sosial menunjukkan jalan raya sesak dan tidak dapat dilalui.

Ada di antara mereka terkandas selama hampir tiga jam kerana laluan dinaiki air akibat hujan lebat lebih dua jam.

Sumber: Harian Metro  

Post a Comment

0 Comments