RASMI: Tarikh Bayaran Tambahan RM500 Bermula Hari Ini, Jangan Terlepas!


Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah satu satu bantuan berbentuk tunai daripada pihak kerajaan yang mana lebih menumpukan kepada golongan yang memerlukan dengan tujuan untuk meringankan bebanan dan juga kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, golongan warga emas dan bujang. Hal ini telahpun dimumkan di dalam Bajet 2022 yang lalu.

Untuk makluman anda, sebanyak 4 fasa atau peringkat yang terdapat dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dalam setahun. Kadar bayarannya adalah berbeza mengikut kumpulan penerima bantuan. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kumpulan yang layak untuk menerimanya.

Bilakah tarikh pembayaran BKM Tambahan dan siapakah yang bakal menerima bayaran BKM Tambahan ini?

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Berikut merupakan kadar tamabahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diberikan kepada penerima isi rumah:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.


SEMAKAN BERKAITAN DENGAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Bagaimana anda nak tahu sekiranya anda layak untuk menerima BKM Tambahan ini ataupun tidak? Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat semakan melalui laman web khas Bantuan Keluarga Malaysia ini. Cara untuk melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan adalah seperti yang berikut:
  1. Anda diminta untuk melayari https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Setelah itu, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang 'Semak'.
  3. Anda hendaklah mengesahkan kata kunci keselamatan anda dan klik 'YA' jika betul.
  4. Masukkan kata laluan anda yang telah didaftarkan sebelum ini dan klik 'Log Masuk'.
  5. Klik butang 'Semakan Status' untuk menyemak status permohonan anda.
  6. Status permohonan akan dipaparkan beserta dengan jumlah bayaran yang diluluskan.


Sekiranya tiada maklumat BKM Tambahan dipaparkan pada skrin anda, ia bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM Tambahan tersebut.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan untuk mereka yang layak adalah seperti yang berikut:
  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Julai 2022)
  • Fasa 3: September 2022
  • Fasa 4: Disember 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BKM Tambahan ini, anda boleh merujuk di laman sesawang www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan atau persoalan yang ingin diajukan boleh menghubungi talian BKK LHDNM di:
  • 1-800-88-2747

Post a Comment

0 Comments