Hujan Lebat di 9 Negeri Sehingga Lewat Malam!


PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda sembilan negeri sehingga lewat malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca buruk dijangka berlaku di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bagi di sebelah Pantai Timur, ia melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang.

“Turut terlibat, seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

“Di selatan pula, ia meliputi beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan Seremban sementara di Johor tertumpu di Mersing dan Kota Tinggi,” katanya hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan Samarahan (Simunjan), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro dan Matu) dan Bintulu.

Selain itu, di Sabah, hujan lebat dijangka melanda Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Sumber: Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments