Bantuan Untuk Kanak-Kanak (BKK) Sebanyak RM1000 Sebulan Tahun 2022!

Anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga. Ianya khas untuk ibubapa ataupun penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun dan kebawah, 

SKIM BANTUAN KANAK-KANAK

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak atau BKK 2022 ini merupakan bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk kanak-kanak, membantu keluarga dan penjaga untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan jagaan yang lebih sempurna.

Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 sekiranya dibandingkan sebelum ini iaitu sebanyak RM450.


CIRI-CIRI KELAYAKAN KHUSUS

Ciri-ciri kelayakan kepada pemohon adalah seperti yang berikut:
  • Pendapatan isi rumah yang tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.


LANGKAH UNTUK MEMOHON BANTUAN KANAK-KANAK

Cara untuk memohon BKK 2022 ini adalah seperti yang berikut:

BORANG PERMOHONAN BKK RM1000 SEBULAN

Kemudian, klik pada butang "Daftar Permohonan Atas Talian".
Setelah itu, anda mestilah mengisi kedua-dua Borang A dan Borang B beserta dengan info dan maklumat anda yang sah dan terkini.
Klik pada butang "KEPUTUSAN".

PEJABAT JKM

1. Anda hendaklah pergi ke pejabat JKM yang berdekatan untuk tujuan verifikasi permohonan BKK.
2. Anda diminta untuk membawa dokumen-dokumen seperti yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

3. Anda hendaklah memastikan bahawa anda membawa borang tersebut bersama:
  • Borang permohonan bantuan - KLIK SINI
  • Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu - KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat permasalahan atau pertanyaan dalam membuat permohonan BKK 2022 ini, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda yang terdekat.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Post a Comment

0 Comments