Bantuan Khas RM150 Untuk Belia & Remaja Akan Mula Untuk Dikreditkan Pada September 2022. Jangan Terlepas!


Adakah anda tahu bahawa pengkreditan bayaran untuk Bantuan Khas RM150 akan mula untuk disalurkan bermula bulan September Tahun 2022.

Mengikut kepada jadual hari bekerja, hari pertama bekerja bagi buan September 2022 jatuh pada hari Selasa. Hal ini bermaksud pemohon akan menerima bayaran pada 1 dan juag 2 September dikuuti dengan 5 September 2022 (selepas bayaran September 2022).

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SEBANYAK RM150

Untuk Peringkat 1:
  • Bayaran akan mula untuk dikreditkan pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN yang berdekatan dengan kediaman anda.

Untuk Peringkat 2:
  • Bayaran akan mula untuk dikreditkan bermula 27 Jun 2022 dari masa ke masa begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN.

Untuk Peringkat 3:
  • Bayaran akan mula untuk dikreditkan bermula penghujung bulan Ogos atau awal September 2022.

Untuk Peringkat 4:
  • Bayaran akan mula untuk dikreditkan bermula Disember 2022.

Untuk makluman anda, Bantuan Khas sebanyak RM150 ini merupakan salah satu instrumen yang terdapat di dalam kerangka Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 3.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS SEBANYAK RM150 DAN KETEGORI LAIN BKM




LANGKAH SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan berkaitan dengan status BKM Fasa 3 ini, berikut merupakan langkah-langkahnya:
  1. Anda hendaklah 'Log Masuk' ke bkm.hasil.gov.my terlebih dahulu.
  2. Kemudian, klik 'Semakan Status'.
  3. Setelah itu, paparan kelayakan akan ditunjukkan.
  4. Klik maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4 ini, anda boleh melayari laman sesawang yang berikut:

PENGENALAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pihak kerajaan telah memperkenalkan suatu inisiatif iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM2,000. Ianya adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat yang telah terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah berkata dalam satu kenyataan bahawa BKM ini telah diperuntukkan dana sebanyak RM8.2 billion. Ianya dapat memanfaatkan sekitar 9.6 juta penerima yang mana melibatkan isi rumah yang memiliki tiga anak dan lebih. Selain itu, ia adalah khas untuk mereka yang mempunyai purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.


"Bantuan kali ini merupakan bantuan yang paling tinggi seumpamanya berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.

"Bantuan tunai ini telah ditambah baik dengan memperkenalkan BKM dalam memberi tumpuan kepada golongan rakyat yang terkesan," katanya selepas membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

"Tumpuan kerajaan buat masa ini adalah untuk melanjutkan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkukuh aspek pendidikan dan kesihatan awam serta membuka peluang pekerjaan.

"Untuk tahun 2022 ini, inisiatif Bantuan Tunai Langsung akan ditambah baik. Kerajaan bakal memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan dan juga penambahbaikan agar kumpulan yang benar-benar berkesan diberikan tumpuan sepenuhnya," katanya.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mana memiliki anak tanggungan serta berpendapatan bulanan sekitar RM5,000.

“Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi akan turut diberikan kepada golongan isi rumah warga emas. Ianya bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak untuk mendapatkan BKM dengan jumlah maksimum sebanyak RM2,500.

“Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion untuk disalurkan bagi bantuan kebajikan dan memberikan manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments