Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi tahun 2022, Mohon Sekarang!


Kepada ibu bapa atau penjaga diluar sana yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun dan ke bawah, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi tahun 2022 sebanyak RM1000 sebulan bagi satu keluarga.

SKIM BANTUAN KANAK-KANAK

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini adalah merupakan inisiatif daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakar (JKM) yang mana diberikan khusus untuk membantu dan meringankan beban keluarga, penjaga dan kanak-kanak dalam meneruskan kehidupan serta mendapat jagaan yang sempurna.

Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telahpun mengumumkan kenaikan jumlah bantuan yang disalurkan daripada RM450 sebelum ini kepada RM1000.


CIRI-CIRI KELAYAKAN KHUSUS

Kriteria-kriteria yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
  • goog_1098021719Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.


LANGKAH UNTUK MEMOHON BKK 2022

Cara untuk memohon BKK 2022 adalah seperti yang berikut:

Borang Permohonan BKK 2022 RM1000 Sebulan
  1. Anda hendaklah melayari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Kemudian, klik pada butang 'Daftar Permohonan Atas Talian'.
  3. Setelah itu, anda hendaklah mengisi kedua-dua Borang A dan Borang B beserta dengan info dan maklumat anda yang terkini dan juga sahih.
  4. Klik pada butang 'Keputusan'.

PEJABAT JKM
  1. Anda hendaklah pergi ke Pejabat JKM yang berdekatan dengan kediaman anda bertujuan untuk verifikasi permohonan BKK ini.
  2. Anda diminta untuk membawa dokumen-dokumen yang berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Anda hendaklah memastikan bahawa borang ini dibawa sekali:
  • Borang Kemaskini jika terdapat kemaskini yang baharu - KLIK SINI
  • Borang Permohonan Bantuan - KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan yang ingin diajukan dalam membuat permohonan ini, anda bolehlah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian yang tertera atau boleh pergi ke:
  • 03-8000 8000
  • Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Post a Comment

0 Comments