RASMI: Bantuan Kebajikan Sebanyak RM500 Setiap Bulan Khas Untuk Rakyat Malaysia 2022, Mohon Sekarang!


Melalui Belanjawan 2021 yang lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan suatu bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua. Beliau berkata bahawa bantuan ini akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang. Ia adalah khas untuk mereka yang telah berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan ini masih lagi diteruskan sehingga tahun 2022 kelak. Ia adalah berita yang baik buat semua rakyat Malaysia.

Untuk makluman anda, pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan ini. Objektif utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk diberikan kepada warga emas yang layak untuk menerimanya bagi meneruskan kelangsungan dan juga kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh orang tua dan warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut:
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Join Telegram: https://t.me/NakKerjaa

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda diminta untuk mengikuti semua lagnkah yang berikut sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan ini:
  • Anda hendaklah melayari ebantuanjkm
  • Kemudian, anda perlu klik pada butang 'Daftar Permohonan'.
  • Setelah itu, masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dnegan nombor kad pengenalan.
  • Klik butang 'Daftar' sekiranya selesai.
  • Anda hendaklah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh 14 hari. Anda boleh merujuk senarai pejabat - DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengajukan persoalan atau ingin mengetahui berkenaan dengan bantuan ini, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat yang berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments