Permohonan Untuk Mendapatkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Sebanyak RM300 Bagi Golongan B40 Kini Dibuka!

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SEBANYAK RM300 UNTUK GOLONGAN B40

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun lebih dikenali sebagai Bantuan Bingkas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui dari Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat. Bantuan ini adalah untuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

Objektif utamanya adalah untuk mengiktiraf peranan penting bagi ketua keluarga yang tidak berputus asa dalam mengrus hal ehwal keluarga, membesarkan dan mendidik anak-anak sepanjang mengharungi fasa pandemik ini.

Y.AB Dato' Seri Amiruddin Bin Shari selaku Menteri Besar Selangor berkata bahawa program ini dapat meluaskan capaian serta menambaik Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) agar faedahnya dapat dirasakan bukan sahaja bagi golongan ibu malahan juga buat keseluruhan anggota keluarga.

Bantuan sebanyak RM300 yang mana menyasarkan lebih 30,000 buah keluarga akan diberikan untuk setiap bulan. Ianya adalah untuk menampung pembelian barangan keperluan asas dan juga peralatan pendidikan anak-anak.

SYARAT PENDAFTARAN

Sekiranya anda ingin menyemak syarat pendaftaran, anda boleh melakukannya dengan cara melayari laman sesawang BINGKAS.

Permohonan adalah terbuka untuk:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemilih berdaftar di Selangor.
    • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh melayari laman sesawang yang berikut jika anda ingin mengemaskini nombor telefon terkini anda dan membuat pendaftaran.

Post a Comment

0 Comments