Bantuan Lesen untuk Keluarga Malaysia (BLKM): Info Lanjut & Langkah Memohon



Agensi Jabatan Pengangkutan Jalan bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia telah membuat suatu inisiatif bagi membantu inidividu diluar sana untuk mendapatkan lesen dengan cara penubuhan program yang dikenali sebagai Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM). Bantuan ini adalah dikhususkan kepada golongan B40 untuk memperolehi lesen memandu kelas B2.

Untuk makluman anda semua, program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob. Ianya merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT bersama-sama dengan agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

CSR ini sudah dilaksanakan pada 1990-an lagi menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ianya ditukar nama kepada Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin dan Program Satu Komuniti Satu JPJ.

Pelaksanaan BLKM ini adalah dikhususkan untuk golongan B40 dan juga masyarakat Orang Asli yang mana menghadapi kesulitan untuk mengikuti kelas di institusi latihan memandu yang ada bagi memperolehi lesen memandu kelas B2.

DISKAUN BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA

Kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan ini, mereka hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 bagi seorang dengan cara menghadiri kursus dalam masa yang singkat.

Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan kos yang perlu dibayar oleh individu biasa yang mana berjumlah sebanyak RM750 seorang.

SYARAT KELAYAKAN BLKM

Berikut merupakan syarat kelayakan yang harus dipatuhi menurut JPJ:
  • Tiada kecacatan fizikal.
  • Sihat tubuh badan dan juga mental.
  • Tidak disenarai hitam oleh pihak polis ataupun JPJ.
  • Belum memiliki sebreang lesen memandu kenderaan.
  • Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

CARA MOHON BLKM

Buat masa ini, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan berkaitan dengan langkah untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini. Sebarang info yang terkini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BLKM ini, anda boleh melayari laman rasmi MOT yang berikut:


Post a Comment

0 Comments