Bantuan Laptop Secara Percuma Bagi Tahun 2022 untuk Golongan B40, Mohon Sekaranag!


Baru-baru ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi KPT ada mengumumkan suatu bantuan yang dikhususkan untuk kumpulan dan golongan pelajar IPT B40 di Malaysia. Bantuan ini melibatkan Pakej Pelan Data Percuma dan juga peranti siswa (Laptop) secara percuma.

Tujuan bantuan ini disalurkan adalah untuk meringankan dan memudahkan urusan para pelajar untuk mewujudkan proses pembelajaran yang baik secara atas talian ataupun 'online dan meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang terdiri daripada golongan B40.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda diminta untuk mengikuti maklumat lengkap seperti di bawah. Semoga memberikan manfaat kepada semua!

LANGKAH MEMOHON BANTUAN PELAN DATA PERCUMA B40

Untuk makluman mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan pelajar diluar sana, anda layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada anda terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti, Politeknik atau Universiti Awam (UA).

Langkah untuk memohon bantuan Pelan Data Percuma B40 ini adalah seperti yang berikut:
  • Anda diminta untuk pergi ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di pusat pengajian anda.
  • Sekiranya anda layak untuk mendapatkan bantuan ini, anda akan mendapatkan suatu kad sim secara percuma.
Semoga Berjaya!

LANGKAH MEMOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA B40

Anda hendaklah klik pada pautan yang tertera mengikut jenama laptop yang anda inginkan. Senarai jenama laptop adalah seperti yang berikut:
Nota: Anda boleh bertanyakan secara terus kepada pihak HEP di pusat pengajian anda untuk bertanyakan sama ada anda layak untuk mendapatkan bantuan secara percuma ini ataupun tidak.


TARIKH PERMOHONAN

"Pihak kementerian akan membuka suatu portal yang mana membolehkan pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan yang berpendapatan rendah (B40) untuk membuat permohonan berkenaan bantuan laptop atau tablet bermula 15 April ini.

"Anda hendaklah memberitahu mak ayah agar tidak mengeluarkan duit untuk memli laptop ataupun tablet. Buat sahaja permohonan kepada pihak kementerian secara online mulai 15 April ini dan pihak kerajaan akan memberikannya secara percuma," kata Tan Sri Annuar Musa ketika belian berucap di Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia di daerah Sandakan, hari ini.

KERAJAAN MENJANJIKAN PERANTI YANG TERBAIK

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti yang dijangkakan akan diedarkan dalam tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberikan jaminan bahawa peranti yang diedarkan tersebut adalah yang berkualiti tinggi dan bukannya 'cap ayam'.

"Saya berharap agar pada minggu pertama Jun, kita akan mula untuk mengedarkan tablet kepada mereka yang telah membuat permohonan yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.

"Mereka akan mendaptkan tablet yang berkualiti tinggi dan bukannya yang 'cap ayam'. Saya dapat memberikan jaminan bahawa kami akan memberikan kualiti yang terbaik," katanya.

Post a Comment

0 Comments