Bantuan Tunai Tambahan Kepada Golongan B40 Bagi Tahun 2022


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan sebuah bantuan berbentuk tambahan bayaran sebanyak RM50 dan juga RM100 kepada para penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ianya sejurus selepas mengambil kira berkaitan dengan cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai tambahan tersebut kepada golongan B40 yang mana masing-masing mendapat RM100 bagi isi rumah dan RM50 bagi individu yang belum berkahwin ataupun bujang.

Setiap penerima akan menerima amaun sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) masing-masing. Ianya tertakluk kepada bantuan tunai tambahan yang dibayar besekali dalam bayaran Fasa 2. Untuk makluman anda, ianya membabitkan peruntukan tambahan yang bernilai kira-kira RM630 juta.



Bantuan yang disalurkan ini akan memberikan manfaat kepada hampir 8.6 juta penerima. Ianya merangkumi 4 juta isi rumah, 3.4 individu bujang dan 1.2 juta warga emas.

"Para penerima yang layak akan mendapat bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini dan dijangka membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 billion.

"Bukan hanya itu, pembayaran ini disalurkan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan B40 apatah lagi apabila kita akan menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti yang dijadualkan.

"Kira-kira seramai 8.6 juta penerima BKM ini sudah diluluskan. Bagiu isi rumah pula, mereka akan menerima sehingga RM2,500 tahun ini. Bantuan ini merupakan bantuan yang tertinggi yang pernah diberikan mana-mana pihak kerajaan," katanya.




Kenyataan itu dipetik ketika beliau membuat sidang media khas secara maya di Putrajaya, hari ini.
    
Perdana Menteri berkata, BKM merupakan suatu insiatif bantuan tunai langsung yang mana diumumkan dalam Belanjawan 2022. Ianya bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan B40 dengan semakan status pembayaran yang mana boleh dibuat bermula hari Isnin ini dengan melayari pautan yang tertera.

"Pihak kerajaan sentiasa cakna dan peka terhadap keperluan semasa rakyat terutamanya yang melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan keluarga Malaysia khususnya kumpulan sasar," katanya.

Post a Comment

0 Comments