Bantuan Sebanyak RM300 Khas untuk Bayi Yang Baru Dilahirkan 2022


Adakah anda tahu bahawa kerajaan akan memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak yang baru dilahirkan. Ianya merupakan insentif dibawah Bajet 2022 kerajaan negeri.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang mana memerlukan duit bagi membeli barangan-barangan keperluan untuk penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa dalam keadaan
berpantang.

JUMLAH BANTUAN

Untuk makluman anda, Kerajaan Negeri Pahang telahpun melancarkan sebuah program yang bertujuan untuk memohon bantuan sebanyak RM300 dan menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah. Program tersebut dikenali sebagai program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023).

PEMBERIAN SAGUHATI UNTUK SETIAP KELAHIRAN

Kepada bayi yang dilahirkan di Pahang bermula tahun 2023, mereka akan layak untuk mendapatkan saguhati di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Objektif utama bantuan ini disalurkan adalah untuk memudahkan urusan dalam penjagaan bayi yang baru lahir dan keperluan bagi ibu yang dalam keadaan berpantang.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda dialu-alukan untuk melayari laman web Portal Kerajaan Negeri Pahang atau boleh menghubungi talian yang tertera:
  • 09-512 6600

Post a Comment

0 Comments