Sijil SPM Anda Hilang? Berikut Dikongsikan Cara Dapatkan Semula Secara Online


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan lain-lain lagi adalah penting untuk mengisi borang sama ada untuk bekerja atau melanjutan pelajaran menuju menara gading. 

Sekiranya hilang, anda akan mengalami kesukaran untuk membuktikan dan menunjukkan pencapaian anda.

Bagi sesiapa yang kehilangan atau tercicir sijil keputusan mereka, anda boleh mendapatkan terjemahan dan juga salinan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Untuk makluman anda, perkhidmatan ini telah pun dibuka sejak 1 Februari 2021 lagi secara atas talian.

LANGKAH MEMOHON SALINAN TERJEMAHAN DAN KEPUTUSAN

Cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan juga terjemahan adalah seperti yang berikut:
  • Anda hendaklah melayari lama web e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  • Selepas itu, klik bahagian 'Perkhidmatan'.
  • Kemudian, pilih 'Salinan Keputusan'.
  • Anda boleh memilih salinan keputusan yang anda mahukan sama ada SPM, STPM (Rumi), SVM, SPMU, MPAV, MPV PMR, MCE, SLE dan SRP.
  • Isi nombor kad pengenalan anda.
  • Anda hendaklah klik 'Papar Borang Permohonan'.
  • Setelah itu, isi kesemua maklumat yang diperlukan.
  • Klik 'Mohon'.
  • Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di laman utama.
Untuk pengetahuan anda, caj akan dikenakan untuk setiap permohonan salinan keputusan dan juga terjemahan.

TEMPOH PENGELUARAN SALINAN KEPUTUSAN DAN TERJEMAHAN

Tempoh bagi pengeluaran salinan pernyataan dan terjemahan sijil adalah seperti yang berikut:
  • Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) - tujuh (7) hari masa bekerja.
  • PMR pada atau sebelum tahun 1997 - tujuh (7) hari masa bekerja.
  • SPM pada atau sebelum tahun 1993 - tujuh (7) hari masa bekerja.
  • PMR pada atau selepas tahun 1998 - satu (1) jam.
  • SPM pada atau selepas tahun 1994 - satu (1) jam.
MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan ketika membuat permohonan ini, anda boleh terus ke bahagian 'Pertanyaan & Aduan' di laman web yang berikut:
Diharapkan agar maklumat yang disalurkan ini dapat memberi sedikit sebanyak kemudahan dan juga manfaat kepada anda.

Post a Comment

0 Comments