Tidak Lepas Permohonan RM10,000 KWSP? Baca Sebab Utamanya!


Tujuan Pengeluaran Khas ini diwujudkan adalah untuk membantu ahli KWSP untuk membiayai keperluan dan juga menampung komitmen kewangan dalam menghadapi cabaran dalam tempoh 'Fasa Peralihan ke Fasa Endemik' sementara memulihkan semula ekonomi negara daripada pandemik COVID-19.

BERAPAKAH AMAUN PENGELUARAN YANG LAYAK UNTUK DIKELUARKAN?

Berikut merupakan amaun pengeluaran yang layak untuk dikeluarkan:
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan di proses.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50.
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN SIMPANAN AKAUN 2 DAN AKAUN 1 BAGI PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS?

Simpanan dalam Akaun 2 akan digunakan sepenuhnya terlebih dahulu untuk pembayaran Pengeluaran Khas ini. Simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan jika ianya tidak mencukupi.

Berikut merupakan ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 1 dan juga Akaun 2:


MENGAPAKAH AHLI PERLU MENGEKALKAN SIMPANAN MINIMUM DI DALAM AKAUN 1 SEBANYAK RM100?

Hal ini adalah untuk mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati kelebihan-kelebihan sebagai ahli KWSP.

FAKTOR UTAMA RAMAI TIDAK LEPAS PERMOHONAN SEBANYAK RM10.000 KWSP

Berdasarkan maklumat yang diperohi, ramai pencarum tidak dapat memohon permohonan RM10,000 KWSP. Menurut laman web Pengeluaran Khas ini, sebab utama Pengeluaran Khas ini tidak dapat dilakukan adalah disebabkan baki dalam akaun KWSP itu kurang daripada RM150.

Dalam masa yang sama, faktor lain yang boleh merencatkan proses permohonan itu berlangsung adalah disebabkan pemohon tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan.

BAYARAN PENGELUARAN KHAS MULA DIBUAT?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan bermula pada 20 April 2022.

CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Hanya satu bayaran (single payment) sahaja akan dibuat dalam Pengeluaran Khas kali ini.

BAYARAN PENGELUARAN KHAS KEPADA AHLI

Bayaran untuk Pengeluaran Khas hanya akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Anda hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas dapat berjalan dengan lancar:
  • Akaun Bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama/syarikat.
  • Akaun Bank (simpanan ataupun semasa).
  • Akaun Bank masih aktif.
Peringatan:
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP yang terdekat.
  • Arahan bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
  • Arahan bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank atau berstatus muflis sahaja.
  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank dinasihatkan untk membuat atau membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  • Pemilihan secara Arahan bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima berbanding dengan kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
CARA UNTUK AHLI MENYEMAK JUMLAH SIMPANAN KWSP MEREKA

Berikut merupakan cara-cara untuk ahli menyemak jumlah simpanan KWSP mereka:
  • Aplikasi mudah alih (mobile app).
  • i-Akaun (Ahli).
  • Kios KWSP.
BAGAIMANAKAH AHLI BOLEH MENYEMAK STATUS TERKINI PERMOHONAN BERKAITAN DENGAN PENGELUARAN KHAS

Untuk membuat semakan status terkini, ahli boleh melakukannya dengan cara:

Post a Comment

0 Comments