Tarikh Pembayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri JKM Tahun 2022, Semak Sekarang!


Jabatan Kebajikan Rakyat atau lebih dikenali sebagai JKM telah mengambil suatu inisiatif bagi melaksanakan bayaran pada bulan Mei lebih awal lagi. Ia adalah bersempena dengan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Maklumat terkini berkaitan dengan bantuan Mei 2022 sempena perayaan Aldifitri adalah seperti yang berikut:

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MEI 2022

Untuk bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022 ini, ia akan dikreditkan kepada penerima bantuan e-Pemula bermula:
  • 25 April sehingga 30 April 2022.
Di antara 1 hingga 10 Jun 2022, bayaran bagi bulan Jun 2022 akan dikreditkan.


SENARAI BANTUAN YANG ANDA BOLEH MOHON DARIPADA JKM

1. Bantuan Kanak-Kanak

Adakah anda tahu bahawa Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi tahun 2021 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana diberikan khas untuk membantu kanak-kanak, penjaga dan keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mendapatkan jagaan yang lebih sempurna.

Datuk Seri Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan berkaitan tentang kenaikan amaun bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini yang hanya bernilai RM450.

Bagi membuat permohonan untuk Bantuan Kanak-Kanak RM1,000: Klik Di Sini

2. Bantuan Suri Rumah

Sebanyak RM480 akan diterima oleh golongan suri rumah. Ia telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain daripada itu, bantuan untuk kematian juga disediakan dalam bantuan i-Suri sebanyak RM2500.

Bagi membuat permohonan untuk Bantuan Suri Rumah 2022: Klik Di Sini

3. Bantuan Warga Emas RM500

Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan amaun bagi Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 bagi seorang individu. Namun, individu tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Langkah untuk memohon Bantuan Warga Emas RM500: Klik Di Sini

Panduan Untuk Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk membuat sebarang permohonan, anda hendaklah mengikuti segala langkah yang tertera di bawah ini:
  • Anda hendaklah melayari ebantuanjkm
  • Kemudian, klik pada butang 'Daftar Permohonan'.
  • Selepas itu, masukkan negeri tempat tinggal anda beserta dengan nombor kad pengenalan.
  • Setelah selesai, klik butang 'Daftar'.
  • Anda diminta untuk menghadirkan diri ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda dalam tempoh masa 14 hari. Untuk senarai penuh direktori pejabat, anda boleh merujuknya DI SINI
MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat yang berikut untuk sebarang maklumat dan pertanyaan yang lebih lanjut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments