Permohonan Rumah Mampu Milik B40 2022 Melalui i-Biaya 2022


KUALA LUMPUR: i-Biaya merupakan sebuah insiatif oleh pihak kerajaan berkaitan dengan pembiayaan perumahan Malaysia. Ia akan dilancarkan pada Khamis ini dan menggariskan matlamat peningkatan dalam pemilikan kediaman atau tempat tinggal terutama kepada golongan M40, B40 dan pekerja sektor yang tidak formal.

Inisiatif ini digariskan di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE) dengan kolaborasi dengan pelbagai rakan yang strategik. Bantuan ini disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Datuk Azhar Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) berkata, selain menyokong sasaran penyediaan sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025, ia juga turut membantu golongan yang berkenaan dalam mencakupi aspek permohonan pembiayaan.

TIGA KOMPONEN I-BIAYA

Menurut beliau, i-Biaya ini terbahagi kepada tiga komponen iaitu Skim Rumah Pertamaku, Cagamas SRP Berhad (Skim Jaminan Kredit Perumahan) -  Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Sewa untuk Beli (RTO) Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

"Pembiayaan merupakan satu perkara yang penting. Ia kerana bila rumah ada tetapi tidak ada kemudahan pembiayaan yang boleh diperolehi daripada pihak pembeli. Oleh itu, ianya tidak lengkap dari aspek proses. Tidak ada pembeli terutama daripada golongan M40 dan B40 yang menghadapi masalah untu mengakses pembiayaan bagi mendapatkan pembiayaan."

"Salah satu faktor yang menyumbang kepada pembiayaan perumahan ini ialah dari segi rekod kredit bakal pemohon atau pembeli yang lemah. Selain daripada itu, ada juga dokumen yang tidak cukup bagi menyokong ataupun membuat pembayaran balik sepertimana yang diminta oleh institusi kewangan."

"Terdapat ramai pembeli yang tidak berjaya dari segi permohonan yang dibuat oleh mereka disebabkan oleh faktor yang tertentu. Oleh itu, Datuk Ismail Sabri Yaakob, selaku Perdana Menteri Malaysia suruh lihat model tersebut serta mengkaji model pembiayaan yang baharu dan bersesuaian ataupun lebih fleksibel lagi khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kerja yang tetap dan tidak mempunyai slip gaji." katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika sesi taklimat media sempena pelancaran i-Biaya di sini.




386,000 RUMAH MAMPU MILIK UNTUK GOLONGAN B40

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis ini. Ianya disertai dengan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan juga Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan.

Terdapat 386,000 unit rumah mampu milik daripada sasaran 500,000 unit menjelang pada 2025 nanti. Ianya adalah untuk golongan B40 dan juga M40 sepertimana yang telah digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Hal ini menjadikan sebanyak 77.2 peratus stok rumah yang mampu milik disediakan sehingga tahun 2025. Selebihnya, pihak swasta dan juga kerajaan akan mencari jalan untuk menyediakan kemudahan itu.

Selain daripada itu, Azhar juga berkata bahawa pihaknya akan melihat dari segi kredit atau digital footprint (jejak digital).

Beliau tahu bahawa masih ramai individu yang permohonan untuk mendapatkan pembiayaan mereka ditolak dan pihaknya berbesar hati untuk membantu golongan yang berkenaan melalui inisiatif yang sama.

SYARAT PEMILIK RUMAH I-BIAYA

"Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada berkata bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lihat iaitu seseorang yang ada keupayaan untuk membayar, penilaian kredit yang tinggi, dokumen cukup dan tiada masalah dan satu golongan boleh bayar tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen. Oleh sebab itu, pihak bank tidak dapat meneruskannya."

"Sebagai contoh seperti golongan (pekerja) gig ekonomi. Mereka mempunyai pendapatan tetapi ada kalanya bulan ini (pendapatan) tinggi dan bulan yang berikutnya (pendapatan) rendah."

"Selain itu, golongan seperti peniaga-peniaga kecil, peniaga ikan, peniaga pasar malam, penjaja dan sebagainya yang tidak mempunyai sebarang slip gaji setiap bulan tetapi mampu untuk membelinya."

"Ini merupakan salah satu perkara yang perlu dilihat oleh Bank Negara agar golongan ini ada ruang untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah,katanya.

Post a Comment

0 Comments