Pengeluaran Khas 10k: Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000




Berikut merupakan perkongsian daripada kami berkaitan dengan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ianya tentang semakan status permohonan sama ada permohonan yang telah dilakukan itu diterima ataupun ditolak.

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Perincian maklumat berkaitan dengan Pengeluaran Khas maksimum sehingga RM10,000 adalah seperti yang berikut:
  • Kesemua proses pembayaran akan dibuka pada 20 April 2022.
  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP yang berumur bawah daripada 55 tahun.
  • Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2022.
  • Sebarang amaun pengeluaran adalah mengikut baki simpanan yang terdapat di dalam Akaun 2. Sekiranya baki tidak mencukupi, simpanan yang terdapat di dalam Akaun 1 akan diakses.
  • Jumlah pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM10,000 manakala jumlah pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50.



LANGKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN 

Sebarang permohonan yang ingin dibuat boleh dilakukan dengan cara melayari portal  https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ ataupun melalui aplikasi mudah alih iaitu i-Akaun yang mana akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk membuat semakan berkaitan dengan status permohonan, pemohon boleh melakukannya bermula pada 9 April 2022 di portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau melalui 'Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran i-Akaun (Ahli).



SYARAT KELAYAKAN

Bagi membuat sebarang permohonan, anda hendaklah menepati syarat-syarat yang berikut:
  • Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP di dalam bank sekurang-kurangnya RM150.
  • Ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.
KAEDAH PEMBAYARAN & AMAUN PENGELUARAN

Untuk makluman anda, pembayaran pada kali ini hanya akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Amaun Pengeluaran:
  • Amaun pengeluaran maksimum RM10,000 dan pengeluaran minimum RM50 tertakluk kepada baki simpanan yang terdapat di dalam Akaun 2. Sekiranya ia tidak mencukupi, baki simpanan di dalam Akaun 1 akan digunakan.
  • Pembayaran hanya akan dibuat secara satu bayaran sahaja bermula 20 April 2022.
  • Bayaran untuk pengeluaran khas adalah diutamakan lebih daripada pengeluaran yang lain.
  • Pemohon hendaklah meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Pindaan amaun dan pembatalan permohonan adalah sama sekali tidak dibenarkan.
  • Minimum: RM50
  • Maksimum: RM10,000
PERSEDIAAN AWAL UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN

Bagi memudahkan lagi urusan permohonan dan semakan baki, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun. Anda hendaklah memastikan:
  • Baki simpanan KWSP disemak.
  • Nombor yang digunakan hendaklah nombor yang berdaftar dengan KWSP.
  • Nombor akaun adalah aktik (semasa atau simpanan).
  • Akaun hendaklah diatas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengajukan sebarang soalan, anda dialu-alukan untuk melayari laman Facebook Rasmi KWSP di:

Post a Comment

0 Comments