SEMAKAN ONLINE
Panduan Pendaftaran Prasekolah Secara Online Sesi 2023
Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 4 hingga 5 tahun, anda boleh mendaftarkan anak anda ke sekolah pada tahun hadapan (2023) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menggunakan sistem dan permohonan secara atas talian.
Status merujuk kepada status permohonan sama ada:
Untuk melakukan pendaftaran anak ke sekolah, pendaftaran boleh dilakukan melalui sistem ePrasekolah KPM.
Berikut dikongsikan kepada anda tentang maklumat terkini bagaimana cara pendaftaran prasekolah melalui sistem ePrasekolah KPM.
TARIKH PERMOHONAN ePRASEKOLAH
Untuk makluman semua ibu bapa yang ingin membuat permohonan untuk ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023 untuk anak mereka, ianya telah dibuka secara atas talian mulai 1 Mac 2022 sehingga 31 Mei 2022 yang lalu.
Bagi murid tahun 1 pula, permohonan untuk mendaftar telah dibuat bermula 1 Mac 2022 yang lalu melalui pautan yang berikut:
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Anda boleh membuat semakan di portal rasmi yang berikut:
Ibu bapa masih lagi berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama sekiranya anak mereka tidak layak.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2023
Syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja.
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
FUNGSI SISTEM ePRASEKOLAH
Pihak KPM telah pun membangunkan suatu sistem aplikasi yang dikenali sebagai ePrasekolah. Ianya bertujuan untuk memudahkan ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian. Hal ini selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
Terdapat beberapa lagi maklumat yang penting yang boleh diperolehi melalui fungsi sistem ePrasekolah. Antaranya ialah:
1. PERMOHONAN UNTUK KE PRASEKOLAH KPM
- Semak serta kemas kini permohonan.
- Rayuan permohonan.
- Borang permohonan.
2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
- E-mail yang dikemaskini hendaklah berdasarkan e-mail terkini yang aktif.
3. SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN
- Semakan status bagi pendaftaran murid.
4. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
- Carian maklumat berkaitan dengan institusi prasekolah yang berdaftar di bawah KPM.
LANGKAH UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN ePRASEKOLAH KPM
Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berikut untuk membuat pendaftaran di dalam ePrasekolah ini:
1. LAYARI LAMAN SESAWANG ePRASEKOLAH
Anda boleh melayari laman sesawang yang berikut sama ada melalui komputer ataupun telefon pintar:
2. DAFTAR & LOG MASUK
- Anda diminta untuk mendaftar terlebih dahulu sekiranya anda merupakan pengguna yang baharu.
- Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
- Anda hendaklah memastikan bahawa e-mail yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. MELENGKAPKAN MAKLUMAT
- Memuat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Anda hendaklah memastikan maklumat yang didaftarkan adalah malumat ibu/bapa/penjaga.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan oleh anda adalah aktif.
- Pastikan pengguna telah mengingati kata laluan atau password dan tidak mendedahkannya kepada individu yang lain.
- Anda hendaklah memastikan nama yang telah didaftarkan adalah nama penuh beserta dengan nombor MyKad yang betul untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah ketika pendaftaran.
4. KEMASKINI & CETAK
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke sekolah yang telah dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022 beserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
NOTA:
- Bagi permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP hendaklah dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak lalu menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
- Bagi kemaskini permohonan, ia boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga diminta untuk memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
5. SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Bermula 5 Ogos 2022 yang lalu, Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah bagi tahun 2022 telahpun dibuka.
Anda diminta untuk cetak surat tawaran anda sekiranya permohonan yang anda telah buat berjaya.
Anda boleh membuat rayuan semula bermula 5 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2022 sekiranya permohonan yang anda buat tidak berjaya. (sila rujuk manual pengguna untuk panduan.)
NOTA:
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya, boleh membuat rayuan.
- Berjaya: Permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses lalu dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan serta salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email lalu kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat yang lebih lanjut.
6. RAYUAN
- Bagi membuat Permohonan Rayuan, ianya boleh dibuat bermula 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan yang dibuat.)
- Bagi permohonan yang dibuat secara atas talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu/bapa/penjaga melalui laman e-Prasekolah.
- Untuk permohonan yang dibuat secara manual pula, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga melalui institusi/sekolah yang telah dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/JPN/PPW.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan yang ingin diajukan berkaitan dengan prasekolah yang telah dimohon, anda boleh mengajukkannya secara terus kepada prasekolah tersebut secara atas talian atau manual. Sila kemukakannya melalui email yang berikut:
Post a Comment
0 Comments