Cara Mohon Bantuan Kewangan Sebanyak RM1000 Bagi Rakyat Malaysia Berumur 30 Tahun Ke Bawah


Adakah anda tahu bahawa pada Bajet Belanjawan 2021 yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada para belia sebanyak RM1,000. Ianya untuk belia yang berumur 18 sehingga 30 tahun dan masih dibuka sehingga tahun 2022. Bantuan ini merupakan satu berita baik buat mereka!

Bermula 1 Januari 2021, setiap majikan yang mempunyai pekerja yang terdiri daripada golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun, mereka boleh memohon untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM1,000 ini melalui Program Perantisan.

Sejurus dengan perkara itu, insentif ini dapat memberikan peluang kepada para belia yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan menganggur untuk memperolehi pengalaman dalam pekerjaan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran dalam bekerja menerusi om-the-job-training.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh mengikuti artikel yang telah disediakan oleh pihak mkerjaya.


OBJEKTIF BANTUAN

Tujuan bantuan & insentif ini dilakukan adalah untuk memberikan peluang pekerjaan kepada golongan belia yang tidak mempunyai kerja yang tetap. Ianya juga bertujuan untuk membantu para belia dalam menambah pengalaman mereka dalam bekerja serta meningkatkan mutu kemahiran bekerja mereka melalui on-the-job-training.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/NakKerjaa

MAKLUMAT BANTUAN 
 
Berikut merupakan bantuan yang akan diterima oleh majikan/perantis dalam Program Perantisan ini:
  • Elaun/Gaji minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan insentif/kerja.
  • Kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan ini, bayaran sebanyak RM1,000 kepada mereka.
  • Untuk perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000, mereka diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
SYARAT KELAYAKAN

Kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memohon bantuan ini adalah seperti yang berikut:
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana program yang disediakan oleh perantisan yang berdaftar di mana-mana badan-badan berkanun dan syarikat.
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang kerja yang tetap.
  • Lepasan graduan/sekolah yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Kepada perantis yang yang diambil untuk bekerja di bawah program ini, mereka perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.
  • Sebelum mengambil perantis di portal MyFutureJobs, syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan tentang kekosongan.
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut merupakan portal rasmi untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan ini:
Untuk belia yang ingin menyertai Program Perantisan ini, anda boleh membuat pendaftaran sebagai pengguna dan mengisi setiap maklumat yang dikehendaki bagi membuat permohonan menerusi program yang telah ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs - klik DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh merujuk:



Post a Comment

0 Comments