TERKINI: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 | Syarat Kelayakan, Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran


Pada tanggal 16 Mac 2022, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 kepada semua ahlinya.

Dengan pengumuman itu, rata-rata orang ramai menyambut baik dan berterima kasih serta rakyat juga berpendapat bahawa pengeluaran khas ini merupakan langkah yang tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Daripada pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob tentang pengeluaran khas KWSP RM10,000 , Pihak daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 bagi ahli yang masih terkesan akibat pandemik yang melanda negara.

Bagi maklumat lanjut tentang kaedah untuk memohon bagi pengeluaran ini serta mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat.

SYARAT, TARIKH UNTUK MEMOHON & BAYARAN RM10,000 KWSP
  • Permohonan adalah dibuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bagi pembayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum adalah RM10,000, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Gambar yang dikongsi dibawah merupakan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan daripada pihak KWSP sebentar tadi


Ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, ia akan memudahkan permohonan dan membuat semakan baki.

Anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun secara atas talian. Berikut adalah panduan mendaftar i-Akaun secara atas talian: Daftar i-Akaun KWSP

Sila ikuti pekembangan dari semasa ke semasa tentang pengeluaran khas KWSP RM10,000.

Post a Comment

0 Comments