TERKINI: Panduan & Tarikh Permohonan Bagi Kemasukan Prasekolah Tahun 2023




Pendidikan Prasekolah merupakan salah satu program pendidikan yang mana menyediakan pengalaman pembelajaran untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Proses ini mengambil masa selama satu tahun atau lebih sebelum ke Tahun Satu.

Tujuan Pendidikan Prasekolah ini diwujudan adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek. Sebagai contoh, aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan juga memupuk sikap yang positif sebagai persediaan untu melangkah masuk ke alam persekolahan.

Bagi permohonan Prasekolah KPM untuk sesi persekolahan pada tahun 2023, ia akan dibuka pada 1 Mac 2022 sehinggalah 30 April 2022 iaitu secara online. Hal ini merupakan makluman daripada Portal Rasmi KPM.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PRASEKOLAH KPM

Syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:
  • Pemilihan murid hendaklah dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehinggalah 15 Januari 2019.
  • Kanak-kanak warganegara Malaysia.
CARA UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH KPM 2023 SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI E-PRASEKOLAH ATAU MANUAL.

Golongan ibu bapa boleh membuat pendaftaran kemasukan anak mereka ke Prasekolah 2023 secara online ataupun atas taliandi E-Prasekolah. Mereka juga boleh memohon secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut merupakan cara untuk membuat pendaftaran:

i) E-Prasekolah Online

Kaedah yang pertama merupakan kaedah pendaftaran yang dilakukan secara atas talian. Pemohon boleh mengakses laman sesawang e-Prasekolah melalui pautan yang tertera:
ii) Permohonan Prasekolah Secara Manual
  • Tempoh yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan bermula 1 Mac hingga 30 April 2022.
Ibu bapa/penjaga boleh mendapatan borang permohonan di sekolah/institusi yang telah dimohon. Borang permohonan itu hendaklah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dihantar ke sekolah.

MAKLUMAN
  1. Carian institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang telah berdaftar sahaja.
  2. Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
  3. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2022.
  4. Kepada ibu/bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian diminta untuk mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon bersama dengan dokumen-dokumen penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 30 April 2022.
MURID PRASEKOLAH (PENDIDIKAN KHAS)
  1. Borang hendaklah disertakan bersama dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkaitan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan ataupun bukan kerajaan.
  2. Pengesahan dan juga pendaftaran.
  3. Surat penempatan daripada pihak JPN/PPD/PPW.

STATUS KEPUTUSAN PRASEKOLAH 2023 ONLINE

Untuk makluman ibu bapa, semakan untuk status permohonan/keputusan Prasekolah tahun 2023 boleh dibuat secara atas talian pada 5 Ogos 2022.

Anda hanya perlu klik ke 'Semak Permohonan' di ruangan 'Laman Pengguna'.

Sekiranya permohonan yang anda buat diluluskan, anda diminta untuk mencetak surat tawaran untu diserahkan kepada sekolah pada hari pendaftaran kelak. Anda boleh membuat rayuan permohonan dengan cara mengklik butang 'Rayuan Permohonan' pada 5 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2022.

Semoga ibu bapa dan juga penjaga dipermudahkan urusan bagi melancarkan kemasukan anak-anak ke sekolah.

Post a Comment

0 Comments