Ribut Solar Terburuk Diramalkan Akan Berlaku Pada Tahun 2025




Sebanyak 40 buah satelit Starlink kepunyaan SpaceX yang terkesan dengan fenomena ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut pada 9 Februari yang lalu.

Hal ini berlaku sejurus sehari selepas satelit-satelit itu dilancarkan ke angkasa lepas. Menurut dapatan daripada piha SpaceX, ribut solar it telah menyebabkan peningkatan suhu secara mendadak dan ketumpatan atmosfera Bumi.

Ianya sekaligus memberi kesan kepada keadaan orbit satelit Starlink yang mana berada pada jarak 210 kilometer daripada Bumi.

Pihak Starlink telahpun memaklumkan mereka bahawa mereka terpaksa mengeluarkan satelit mereka itu daripada kedudukan orbit asalnya dan dibawa masuk semula ke ruang atmosfera Bumi bagi menghancurkan satelit-satelit tersebut.

Insiden ini merekodkan kerosakan satelit terbesar yang pernah berlaku akibat daripada satu kejadian ribut solat setakat ini. Namun, kerosakan yang disebabkan oleh ribut solar baru-baru ini bukanlah kali pertama ia berlaku.


Pada bulan September 1859 yang lalu, siatem telegraf yang meliputi Eropah dan Amerika Utara telah gagal berfungsi kesan daripada kejadian ribut solar yang berlaku. Bukan hanya itu, mereka juga melaporkan bahawa terdapat beberapa operator yang bekerja pada masa tersebut telah mengalami kejutan elektrik.

Pada bulan Mac tahun 1989 pula, kejadian ribut solar telah menyebabkan kegagalan kuasa di Quebec, Kanada.

Manakala kejadian ribut solar yang berlaku pada lewat bulan Oktober tahun 2003 yang lalu telah memberikan kesan ke atas lebih daripada separuh satelit yang mengorbit di Bumi. Hal ini sekaligus mengganggu perkhidmatan industri penerbangan, komunikasi antara Amerika Utara,Asia sehingga meliputi Kutub Utara serta perkhidmatan Global Positioning System (GPS).

Kejadian yang direkodkan itu merupakan ribut solar ke-6 yang terbesar pernah berlaku dalam tempoh lebih 70 tahun pernah dialami oleh Bumi.

Sejurus insiden yang berlaku baru-baru ini, ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti saintifik kerana kejadian ribut solar dijangka akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun ini. Hal ini demikian kerana Matahari kini semakin menghampiri untuk melengkapkan kitaran 11 tahun medan magnetiknya yang dikenali sebagai tompokan Matahari.

Menurut sumber daripada pihak saintis dan data yang telah diperolehi, mereka meramalkan bahawa kemuncak itaran ribut solar akan berlaku dalam bulan Julai pada tahun 2025 nanti.

Post a Comment

0 Comments