Maklumat Tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP) Pembiayaan Tanpa Deposit Sehingga 110%



Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan salah satu inisiatif untuk pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan di dalam Belanjawan 2011 oleh pihak kerajaan. Hal ini adalah bertujuan untuk membantu pembeli rumah yang pertama yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah sehingga RM10,000 untuk memiliki rumah pertama.

Di samping itu, skim ini turut membolehkan pembeli rumah yang pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada pihak bank yang terlibat. Ia juga membolehkan individu tersebut memiliki rumah tanpa perlu membayar sebarang deposit. Menarik bukan?

SYARAT KELAYAKAN SRP

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) ini adalah seperti yang berikut:
  • Pemohon individu atau bersama.
  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Merupakan pembeli rumah pertama.
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  • Tiada rekod pembiyaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
  1. Tidak lebih RM5,000 - untuk pemohon individu / bersama.
  2. Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 - untuk pemohon bersama sahaja.
*(pendapatan kasar setiap pemohon tidak lebih RM5,000 sebulan.)

KRITERIA HARTA YANG LAYAK

Kriteria jenis harta yang layak menerima pembiayaan adalah seperti yang berikut:
  • Dihuni oleh pembeli.
  • Nilai maksimum hartanah ialah RM500,000.
  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
MAKLUMAT PENTING
  • Takaful/Insurans kebakaran diwajibkan.
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja.
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, umur pemohon tidak melebihi 70 tahun berakhir tempoh pembiayaan.
Untuk pembelian hartanah yang bernilai RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 dan
  • tempoh moratorium selama 5 tahun.
  • wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK.

SENARAI BANK-BANK

Senarai bank yang terlibat untuk pelaksanaan Skim Rumah Pertamaku (SRP0 adalah seperti yang berikut:
  1. Affin Bank / Islamic
  2. Alliance Bank / Islamic
  3. Ambank / Islamic
  4. Bank Islam
  5. Bank Muamalat
  6. Bank Of China
  7. Cimb Bank / Islamic
  8. HongLeong Bank / Islamic
  9. Maybank / Islamic
  10. MSBC Bank
  11. OCBC Bank / Al-Amin
  12. Public Bank / Islamic
  13. RHB
  14. Standart Chartered / Saadiq
  15. UOB
CARA MEMOHON 

Panduan untuk permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah seperti yang berikut:
  • Anda hendaklah terlebih dahulu mencari rumah idaman dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempatan dan lain-lain.
  • Kemudian, semakan kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
  • Selanjutnya, sediakan dokumen seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata KWSP dan lain-lain.
  • Akhir sekali, hantar permohonan ke cawangan bank yang berdekatan yang anda pilih.
MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Untuk maklumat yang lebih lanjut atau pertanyaan yang ingin diutarakan, anda boleh terus merujuk ke portal rasmi SRP di:
  • www.srp.com.my



Post a Comment

0 Comments