Panduan Mohon Secara Online Rumah Mampu Milik Golongan B40 2021!



Adakah anda tahu bermula tahun lalu sehingga tahun 2021 ini, anda boleh memohon permohonan rumah yang mampu untuk dimiliki seperti MyHome, PPR dan rumah transit. Permohonan yang dilakukan itu hendaklah melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau lebih dikenali sebagai SPRN.

Terdapat sebuah portal yang bernama TEDUH ditubuhkan bertujuan untuk fungsi carian dan berkongsi maklumat berkenaan dengan program-program serta projek-projek perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Salah satu modul yang terdapat di dalam laman portal TEDUH ialah Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun SPRN yang berfungsi sebagai sebuah pintu 'one-stop centre' bagi seluruh rakyat Malaysia yang mahu memohon di dalam Program Perumahan di bawah kendalian Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Berikut merupakan perkongsian kami kepada anda berkenaan dengan permohonan perumahan ini.

PENDAFTARAN ATAS TALIAN SPRN
  1. Sebarang pendaftaran yang ingin dilakukan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Kemudian, klik 'Daftar Akaun' pada paparan skrin anda.
  3. Selepas itu, anda diminta untuk memasukkan nama anda, nombor kad pengenalan beserta dengan alamat emel yang digunakan.
  4. Selanjutnya, klik 'Daftar' dan semak emel anda untuk tujuan pengesahan maklumat.


Salah satu skim bantuan yang anda boleh mohon di bawah SPRN termasuklah:
  • Skim Rumah PPR.
  • Skim MyHome.
  • Skim SPP.
  • Skim Rumah Transit.
CARA MEMOHON

Untuk makluman anda semua, kesemua permohonan mestilah dilakukan secara atas talian. Pihak KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara bersemuka tidak akan diterima.

PROSES PERMOHONAN

A. Daftar Akaun
  1. Untuk membuat pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
  2. Kemudian, masukkan maklumat anda beserta dengan nombor kad pengenalan dan juga emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. Lakukan Pengesahan
  1. Pemohon akan menerima emel dari pihak PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK bertujuan untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  2. Pemohon hendaklah menekan pautan yang berwarna seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan juga penetapan kata laluan anda.
  3. Masukkan tetapan kata laluan anda. Anda hendaklah memastikan ruangan 'Pengesahan Kata Laluan' adalah sama dengan ruangan 'Kata Laluan'. Seterusnya, anda mestilah klik butang simpan.
C. LOG MASUK
  • Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan beserta dengan kata laluan yang telah ditetapkan pada ruangan. Kemudian, anda perlu log masuk akaun tersebut.
D. PILIH SKIM PERUMAHAN
  1. Untuk membuat permohonan, anda hendaklah mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang telah ditawarkan.
  2. Klik pautan pilih skim.
  3. Pemohon hendaklah membaca syarat dan kelayakan pemohon bagi setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai berkaitan dengan projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Selanjutnya, anda perlu klik pada butang 'Pilih Skim'.
E. MAKLUMAT PEMOHON
  1. Klik pada pautan maklumat pemohon.
  2. Kemudian, masukkan maklumat pemohon yang diminta dan klik butang 'Simpan'. Ikon bewarna hijau hendaklah diisi dengan maklumat mandatori.
F. PILIH PROJEK
  • Klik pautan 'Projek' untuk memohon projek.
G. DOKUMEN SOKONGAN
  • Untuk memuat naik dokumen sokongan permohonan, klik pada pautan 'Dokumen Sokongan'.
H. PENGESAHAN
  • Klik pada pautan 'Pengesahan' untuk menghantar permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Skim yang anda ingin mohon akan mempunyai syarat kelayakan yang berbeza.

SKIM MYHOME

Sebagai contoh, bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang telah ditetapkan oleh KPKT adalah seperti yang berikut:
  • Berumur 21 tahun keatas.
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah tersebut merujuk kepada pasangan suami isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah sahaja adalah TIDAK LAYAK.
Skim MyHome juga menyediakan inisiatif sehingga RM30,000 seunit yang memberi manfaat kepada pemaju-pemaju swasta dan pembeli-pembeli rumah.

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome adalah seperti yang berikut:
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan pasangan dan pemohon.
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan Penyata Gaji yang baharu.
  • Salinan surat pengesahan daripada majikan.
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan).
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan.
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/Sijil kelahiran.
SKIM RUMAH PPR (DIMILIKI & DISEWA) SERENDAH RM124

Manakala bagi rumah PPR (dimiliki sepenuhnya) yang dijual pda harga RM35,000, syarat kelayakan adalah seperti yang berikut:
  • Berumur 18 tahun dan keatas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,500 sebulan.
  • Kerajaan juga turut melaksanakan PPR (Dimiliki) bertujuan untuk membolehkan golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Rumah-rumah PPR (dimiliki) akan dijual pada harga RM35,000 bagi seunit rumah di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 bagi seunit rumah di Sabah dan Sarawak.

Antara ciri-ciri rumah PPR (Dimiliki) ialah:
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah yang mempunyai tingkat antara 5 hingga 18 buah tingkat.
  • Binaan - (3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air).
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti surau, dewan komuniti, tadika, gerai makan dan lain-lain.
Program PPR (Disewa) telah diperkenalkan pada bulan Februari 2022 yang lalu. Ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

SKIM RUMAH TRANSIT (SPRN)

Bagi rumah transit pula, anda hendaklah memenuhi kriteria-kriteria dibawah:
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan/negeri rumah transit dipohon.
  • Pemohon hendaklah berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit dipohon.
  • Tiada rekod jenayah.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Program Rumah Transit ini bertujuan untuk memberi kemudahan bebrbentuk perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan berumur 18 hingga 30 tahun.

Program ini tertumpu di bandar-bandar besar bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang berkelayakan dan mempunyai pendapatan yang rendah.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan untuk tempoh sewaan permulaan selama 2 tahun.

Penyewa tersebut akan diberikan notis enam bulan sebelum tamat tempoh kontrak bertujuan untuk pengosongan rumah.

SKIM SPP

Akhir sekali, skim SPP diberikan hanya untuk pemohon yang menepati syarat-syarat yang berikut:
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Memilik tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang terdekat.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 sehingga RM3,000 sebulan.
SPP ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah yang masih lagi belum memiliki rumah milik sendiri.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?
  • Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia
Berapakah kadar sewaan rumah PPR?
  • RM124 sebulan.
Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?
  • Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP.
Berapakah had pinjaman skim SPP?
  • RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

Berapakah kadar sewaan rumah transit?
  • RM250 sebulan.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman yang lebih lanjut, anda boleh melayari portal 
Tel: 03-8891-4476 / 03-8891-4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my

Post a Comment

0 Comments