Panduan Mohon Bantuan Suri Rumah Golongan B40 RM480 2021



Untuk makluman anda, permohonan yang dibuat di dalam i-Suri KWSP bagi suri rumah, mereka akan menerima insentif sebanyak RM480 setahun. Kini, golongan suri rumah dapat memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas yang telah disediakan di bawah i-Suri. 

Program i-Suri ini dilancarkan bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara serta memastikan kesejahteraan golongan suri rumah. Terdapat banyak faedah yang bakal diterima di dalam i-Suri KWSP ini.

Salah satunya ialah golongan suri rumah bakal menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang mana telah bermula pada sejuk tahun 2019 dan tahun-tahun yang berikutnya. 

Selain daripada itu, sebanyak RM2500 jumlah bantuan kematian yang bakal diterima oleh pemohon dalam insentif i-Suri KWSP ini. Sebarang pendaftaran i-Suri KWSP yang ingin dibuat boleh dilakukan dengan cara memuat turun borang permohonan melalui laman web rasmi KWSP.

Untuk pengetahuan anda semua, berikut merupakan info i-Suri KWSP termasuk kelayakan, syarat, cara bayaran, faedah dan pendaftaran

CARA PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan kediaman anda beserta dengan borang permohonan yang telah dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN I-SURI KWSP

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut:
  • Golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam pangkalan data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakut 30 November 2019.
  • Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR/Wanita (KIR)
  • Hendaklah mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
SIAPA YANG BOLEH MELAKUKAN PENCARUMAN?
  • Suami kepada pasangan yang layak.
  • Diri sendiri (isteri).
Tambahan: Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika anda sudah mendaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), anda hendaklah membatalkan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan yang baharu bagii-Suri.

FAEDAH I-SURI KWSP
  • Bantuan kematian: RM2500
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 dalam bagi sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
Insentif daripada kerajaan tersebut hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Syaratnya adalah seperti yang berikut:
  • KIR wanita yang berstatus balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam e-Kasih.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam eKasih.
  • Terdapat caruman secara sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli yang berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
  • Belum mencapai umur 60 tahun. 
CARA BAYARAN
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, RHB, PBB dan BSN).
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang telah dilantik oleh MBB atau PBB.
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Tambahan: Pihak daripada KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara bertempoh berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama iaitu (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua iaitu (Julai hingga Disember) bagi setiap tahun. Wang sumbangan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada pihak kerajaan.




MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan i-Suri KWSP, anda boleh melayari laman web yang tertera:

Post a Comment

0 Comments