Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2022 Sebanyak RM150, Baca Cara Untuk Membuat Permohonan



BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SEBANYAK RM150 BAGI TAHUN 2022

Pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bakal diteruskan. Hal ini adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terkena tempias disebabkan wabak COVID-19 yang telah melanda negara bahkan seluruh dunia.

Peruntukan sebanyak RM450 juta akan diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memanfaatkan hampir 3 juta murid yang layak untuk menerima bantuan ini.


SYARAT KELAYAKAN

Antara kriteria yang diperlukan adalah seperti yang tertera:
  1. Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang mana berasal daripada kalangan isi rumah yang mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM3,000 bagi tempoh sebulan dan ke bawah pada tahun semasa.
  2. Murid yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia (hendaklah dibuktikan dengan sijil lahir / MyKad / Mykid yang telah disahkan atau mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh pihak JPN.
  3. Bantuan ini akan disalurkan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Bantuan Kerajaan(SBK), Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta dan Sekolah Agama Negeri (selain daripada sekolah jenis antarabangsa).
KADAR BANTUAN

Bantuan sebanyak RM150 akan diberikan secara terus/one-off kepada penerima Bantuan Awal Persekolahan ini.

KAEDAH BANTUAN

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan bantuan ini ke dalam akaun:
  • Kumpulan Wang Kerajaan (KWK).
  • Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
CARA MEMOHON
  • Ibu bapa hanya perlu memaklumkannya kepada pihak sekolah.
  • Pihak sekolah perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini bagi mengenalpasti murid yang layak pada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  • Tiada borang yang diperlukan untuk memohon bantuan ini.
INFO YANG LEBIH LANJUT

Untuk melakukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh merujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau boleh melayari pautan KPM di SINI.

Post a Comment

0 Comments