Permohonan/Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 2021



PERMOHONAN REBAT BIL ELEKTRIK UNTUK B40

Adakah anda tahu bahawa pihak kerajaan ada mengumumkan bantuan mengenai Program Rebat Bil Elektrik pada 2 Januari 2021 yang lalu? 

Program yang dilaksanakan ini dikhususkan kepada kumpulan yang miskin tegar berdasarkan data yang terpapar di Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang mana selaras dengan hasrat pihak kerajaan untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh seluruh rakyat di negara kita.

PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM20 telah dilaksanakan pada tahun 2008 sehingga 2018 sebelum wujudnya program baharu iaitu Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang akan dilaksanakan kelak.

Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang sebelum ini hanya dibuka kepada pelanggan domestik akan dihadkan kapasitinya kepada kumpulan sasar yang mempunyai status tegar dengan nilai rebat sebanyak RM40 sebulan sekiranya tersenarai di dalam sistem e-Kasih ICU JPM sebagai golongan yang miskin tegar.



SYARAT KELAYAKAN
  1. Berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.
  2. Rebat bil elektrik akan diberikan sebanyak RM40 setiap bulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki yang akan dibawa ke bulan yang berikutnya dan sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlulah membayar baki tersebut.
  3. Rebat RM40 hanya akan terpakai kepda Tarif A (Domestik) sahaja.
  4. Pengguna berhak untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk secara terus kepada cawangan utiliti yang berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun.
  5. Pengguna-pengguna elektrik yang layak untuk menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang tersenarai dan telah disahkan di dalam sistem e-Kasih.
  6. Penerima yang layak akan menerima rebat sebanyak RM40 sehingga 31 Disember 2021.
  7. Untuk menerima rebat sebanyak RM40, hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak diterima.
  8. Tunggakan bil pada tahun 2019 dan 2020 tidak akan dimasukkan di dalam rebat RM40 ini.
  9. Bil elektrik yang mencecah RM40 sebulan akan ditolak secara terus daripada akaun pengguna.
SEMAKAN KELAYAKAN

Untuk membuat sebarang semakan kelayakan, anda boleh melayari portal semakan rebat ketsa dibawah:
Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini hanya disalurkan kepada pemohon di bawah kategori miskin tegar yang telah berdaftar dan disahkan di dalam sistem e-Kasih.

FAQ

Soalan-soalan yang ingin diajukan mengenai Program Rebat Bil Eelektrik RM40 boleh klik DISINI.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai program ini, anda boleh menghubungi:

  • Talian Hotline MyGCC : 03-8000-8000
  • Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
  • Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua.

Post a Comment

0 Comments