Perutusan Khas Perdana Menteri: Senarai Bantuan PKP 3.0


Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang Program Bantuan Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+). 

Hal ini adalah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Total Lockdown yang akan bermula pada 1 Jun sehingga 12 Jun 2021 di seluruh negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, matlamat utama untuk bantuan ini terbahagi kepada 3 iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Beliau berkata, bantuan ini merupakan usaha terbaru kerajaan untuk membantu rakyat dan ekonomi untuk berhadapan dengan cabaran ini di seluruh negara.

SENARAI BANTUAN PKP 3.0
  • Peruntukan RM1 billion untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam.
  • Melanjutkan tempoh perkhidmatan kepada lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.
  • Kerajaan lantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak
  • Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi dilancarkan minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion
  • Kerajaan setuju lanjutkan Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja.
  • Dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.
  • Kadar Geran Khas Prihatin ditambah RM500 ringgit kepada RM1,500 ringgit
  • Pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
  • Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan terima BPR sebanyak RM500.
  • BPR bagi kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501- RM5,000 terima BPR sebanyak RM300
  • BPR Bujang terima RM100
  • Moratorium diberi dua pilihan sama ada kelulusan secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.
  • Program Subsidi Upah di bawah PERKESO selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos 1.5 billion ringgit dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.
Berikut adalah senarai bantuan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)/total lockdown yang diucapkan daripada perdana menteri di perutusan khas sebentar tadi.

Semoga info ini memberikan manfaat kepada pembaca dan jangan lupa untuk share artikel ini ke semua media sosial anda.


Post a Comment

0 Comments