Panduan Permohonan RM500 Secara One-Off & Penerima BPR 2021



Kepada sesiapa penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), berita baik untuk anda bantuan BPR berjumlah RM500 akan diagihkan melalui PEMERKASA secara one-off bermula Jun ini.

Jumlah peruntukan daripada kerajaan dengan bantuan ini adalah sebanyak RM1.2 billion, bantuan ini akan membantu meringankan beban kepada 2.4 juta penerima bagi yang hilang punca pendapatan.

Berikut dikongsikan maklumat terkini tentang bantuan ini. Sila baca sampai habis

KELAYAKAN UNTUK MENERIMA BANTUAN RM500
  • RM500 bantuan ini akan diagihkan kepada mereka dari golongan b40 dan hilang punca pendapatan.
  • Pembayaran tambahan sebanyak RM500 kepada penerima BPR sebelum ini dan berpendapatan RM1000 ke bawah.
MAKLUMAT BANTUAN RM500 SECARA ONE-OFF

Baca maklumat di bawah yang dikongsikan 
  1. Penerima BPR tidak perlu untuk membuat pendaftaran
  2. Berumur 21 sehingga 60 tahun
  3. Bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus kepada penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang yang di buat melalui LHDNM, PERKESO & KWSP.
  4. Kepada individu dengan status BANKRAP akan diberikan kelonggaran untuk membuka akaun secara online atau atas talian untuk memudahkan mereka menerima bantuan ini melalui e-mel.
BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN AKAN DIBUAT?

Tarikh pembayaran RM500 secara one-off akan dibuat bermula Jun 2021 terus ke akaun masing-masing.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
  • Anda tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran/permohonan
  • Semak akaun selepas tarikh bayaran diumumkan 


MAKLUMAT LANJUT 

Kepada sesiapa yang ingin mengajukan sebarang soalan, anda boleh menghubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM) melalui HOTLINE BPR

atau 

Melalui talian di 1-800-88 2747

Diharapkan informasi ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan jangan lupa untuk share artikel ini ke semua media sosial anda

 




Post a Comment

0 Comments